puding roti pandan

Pernah dengar puding roti pandan? Bosan jugak kalau guna roti putih je. Jadi kalini kita guna roti pandan kelapa pulak mesti lagi sedap.

Perkongsian dari Azriyani Yanasha ini sangat mudah difahami dan sudah pasti hasilnya sangat memukau.


Resipi Puding Roti Pandan Kelapa Gardenia Bersama Sos Kastard

puding roti pandan

Bahan-bahan:

  • 10 keping roti pandan kelapa Gardenia
  • 2 biji telur gred A *
  • 2-3 sudu besar gula*
  • 2 1/2 cawan susu segar/full cream*
  • Esen vanilla 1 sudu kecil*
  • 1/4 sudu kecil pandan paste*
  • Kismis
  • Kacang almond (optional)

Cara-cara:

  1. Potong 4 setiap roti. Susun roti dalam loyang.
  2. Campur semua bahan bertanda*.
  3. Tuang keatas susunan roti sehingga roti terendam.
  4. Taburkan kismis dan hirisan kacang almond.
  5. Bakar 180 selama 40 minit api atas bawah. Kemudian api atas sahaja sebentar untuk garingkan bahagian atas.

puding roti pandan


Resipi Sos Kastard:

Bahan-bahan:

  • 1 cawan susu segar/fullcream
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • Sedikit pandan paste

Campurkan semua bahan dan kacau sehingga pekat diatas api sederhana.

Kalau rajin blend daun pandan asli pun boleh. Selamat mencuba.

puding roti pandan

Baca juga:

Nampak Macam Kuih Lapis, Sebenarnya Resipi Puding Biskut. Guna 3 Bahan Saja!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN