cara buat bawang goreng

Setiap kali nak buat nasi goreng dan mee goreng, mesti nak hias dengan bawang goreng sebagai pelengkapnya. Oleh itu, kami nak kongsikan cara buat Bawang Goreng yang rangup.

Bawang Goreng mempunyai peminatnya tersendiri sampaikan ada yang jadikannya stok untuk dimakan di rumah. Tapi, nak jadikannya rangup dan tahan lama bukanlah mudah.

Bawang goreng ialah bawang merah atau bawang besar yang dipotong nipis dan digoreng dengan minyak panas sehingga berwarna keperang-perangan dan berbau harum.

Kami cadangkan anda ikut saja cara buat Bawang Goreng oleh Rafidah Ramlei di Facebook ini, pasti hasilnya memuaskan nanti. Jom kita cuba!

Baca juga: Ikan Bilis Goreng Bawang, Lauk Akhir Bulan Ini Sedap Macam Mak Masak!

CARA BUAT BAWANG GORENG

cara buat bawang goreng

Bahan-bahan:

  • Bawang kecil
  • Bawang putih
  • Tepung jagung (jika tiada, tepung gandum pon boleh)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kupas bawang merah dan bawang putih, kemudian basuh bersih-bersih.

cara buat bawang goreng

2. Selepas itu, hiris bawang senipisnya, jangan lupa asingkan bawang merah dan bawang putih.

3. Kemudian, taburkan hirisan bawang tadi dengan tepung jagung.

4. Akhir sekali, sedia untuk digoreng sehingga kekuningan. Siap untuk digunakan!

Antara tips yang boleh digunakan ketika membuat bawang goreng ini:

  • Sila goreng bawang berasingan sebab bawang putih cepat garing berbanding bawang merah.
  • Pastikan minyak sudah betul-betul panas, baru masukkan bawang.
  • Jangan lupa untuk gunakan api sederhana saja supaya tak hangit.
  • Apabila masukkan bawang, kacau sedikit-sedikit saja bagi tenggelam dalam minyak. Jangan kacau selalu, nanti tak garing bahagian dalamnya.

Sebenarnya, anda hanya perlu tahu tentang beberapa tips yang berguna semasa membuat Bawang Goreng, barulah rangupnya kekal dan sedap dimakan.

Setelah digoreng, anda akan dapati bau Bawang Goreng ini sangat harum dan memikat selera. Teksturnya sungguh rangup, silap-silap makan sampai berbunyi dibuatnya.

Anda boleh gunakan cara buat Bawang Goreng ini ketika menyediakan makanan untuk tetamu kerana sesetengah orang suka makan hidangan sampingan ini bersama nasi berlauk.

Selamat mencuba!

Sumber: Rafidah Ramlei

Baca juga: Resepi Bawang Putih Goreng, Ada Tips Kekal Rangup Dan Tak Pahit!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN