Categories: Infomasi

Cara Buat Ayam Goreng Kunyit Sedap, Sama Macam Dekat Kedai Thai

Mudah saja nak buat ayam goreng kunyit sedap macam dekat kedai masakan Thailand. Satu hidangan ini pun sudah cukup sebab lengkap dengan sayur sekali.

Anak-anak pun dijamin akan suka lauk begini. Nak lagi sedap, hidangkan bersama kicap, sambal belacan dan telur dadar. Jom lihat resipinya di bawah.

Baca juga: Tukang Masak Thai Dedah Rahsia Telur Dadar Yang Rangup & Gebu, Sebijik Sama Macam Di Kedai!

RESIPI AYAM GORENG KUNYIT SEDAP

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Tepung jagung
  • Cili giling
  • Minyak masak secukupnya
  • Kacang panjang – dipotong
  • Bawang holland – dihiris
  • Cili merah – dihiris
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Potong kecil isi ayam mengikut saiz yang dikehendaki.
  2. Gaul isi ayam bersama garam, serbuk kunyit, tepung jagung dan cili giling. Jumlahnya bergantung pada kuantiti isi ayam yang digunakan. Perap sekurang-kurangnya selama 1/2 jam.

  3. Panakan minyak masak dalam kuali dengan secukupnya. Lebih elok jika guna kuali yang besar dan minyak yang banyak.

  4. Masukkan hirisan ayam yang telah diperap tadi. Goreng sehingga garing dan berwarna keemasan.

  5. Kemudian masukkan hirisan kacang panjang, cili merah dan juga bawang holland. Goreng selama 2-3 minit.

  6. Siap! Ayam goreng kunyit ala kedai Tomyam sedia untuk dinikmati.

Kredit: Wan Iskandar

Nasiha

Recent Posts

Tip Masak Nasi Goreng Dalam Kuantiti Banyak Agar Lambat Basi

Nampak macam mudah, tapi tak ramai yang tahu cara masak nasi goreng supaya tak cepat…

6 hours ago

Telur Dadar Ala Nasi Kandar, Garing Di Luar Lembut Di Dalam

Siapa di sini yang suka masakan di kedai mamak? Ia cukup terkenal dengan Telur Dadar…

7 hours ago

Jenis Timun Yang Ramai Tak Tahu, Rupanya Ada Yang Tak Boleh Dimakan!

Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis timun yang ramai tidak tahu dan kegunaan bagi setiap jenis…

7 hours ago

Cara Simpan Daun Pandan Supaya Kekal Segar, Berbulan Pun Boleh Tahan

Tugas memasak akan jadi lebih mudah sekiranya semua bahan sudah tersedia di dapur. Antara petua…

9 hours ago

Guna 3 Bahan Ini Boleh Buat Aiskrim Homemade, Mudah Dan Sedap!

Apabila tekak teringin makan aiskrim, terpaksa keluar ke kedai untuk membelinya. Jadi, tak hairanlah ramai…

9 hours ago

Bengkang Ubi Gula Merah Yang Lembut & Kenyal, Cantik Kejadiannya!

Bengkang ubi kayu gula merah merupakan salah satu kuih tradisi orang dulu-dulu yang masih tak…

9 hours ago