Bila ada tetamu datang ke rumah secara mengejut, memang agak kalut memikirkan juadah yang mahu dihidangkan. Tambah lagi jika mahu menggunakan lauk yang masih beku dalam freezer, memang bertambah huru hara.
Haa, ibu-ibu jangan risau sebab ada petua mudah untuk melembutkan lauk-pauk sejuk beku ini. Dalam masa kurang 10 minit, ikan, ayam serta daging akan menjadi lembut dan boleh dimasak.
Petua ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Sharifah Nor Hj Abdullah menerusi grup Masak Apa Hari Ini (MAHN). Jom baca perkongsiannya di bawah.
Saya cuma nak bagi tip, harap dapat membantu sahabat-sahabat semua. Masa raya ni kadang ada tetamu yang datang mengejut. Nak masak, daging masih keras dalam frezer. Nak defrost ambil masa jugak kan?
Di sini saya bagi tip macam mana nak defrost dengan kadar segera.
Letakkan daging tu di atas dulang besi (jangan buang plastiknya), tindih dengan periuk yang berisi air biasa (jangan isi air panas).
Dalam masa tak sampai setengah jam daging tu akan lembut balik. Cubalah.
Sumber: Sharifah Nor Hj Abdullah
Baca juga: Teknik Rahsia Masak Daging Goreng Kunyit Yang Lembut, Berjus & Tak Liat
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…