Categories: Informasi

Tak Perlu Risau Lagi.. Gardenia Tampil Beri Penjelasan Isu Tular, Ujian Makmal Sahkan Produk Patuhi Piawaian

Gardenia Bakers (KL) Sdn Bhd tampil mengeluarkan kenyataan terbaharu susulan kebimbangan pengguna yang dibangkitkan baru-baru ini berhubung beberapa produk keluarannya.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikongsikan, pihak Gardenia memaklumkan bahawa ujian yang dijalankan oleh makmal bebas bertauliah mengesahkan produk-produk berkenaan mematuhi spesifikasi keselamatan makanan yang ditetapkan.

Menurut syarikat itu, produk terbabit juga memenuhi keperluan di bawah Akta Makanan 1983 serta peraturan-peraturan berkaitan.

Baca juga: Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

KKM Adakan Lawatan Pemeriksaan Ke Fasiliti Pengeluaran Gardenia

Dalam perkembangan sama, Gardenia memaklumkan bahawa pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkaitan telah mengadakan lawatan pemeriksaan ke fasiliti pengeluaran mereka pada 10 November 2026.

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan susulan isu berkenaan. Pihak Gardenia turut memaklumkan bahawa mereka memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses pemeriksaan berlangsung.

Malah, pihak syarikat menyatakan bahawa KKM berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) serta amalan keselamatan makanan yang dilaksanakan di fasiliti berkenaan.

Keselamatan Makanan Jadi Keutamaan Gardenia

Dalam kenyataan sama, Gardenia menegaskan bahawa keselamatan makanan, kualiti produk dan kesejahteraan pengguna sentiasa menjadi keutamaan tertinggi syarikat.

Pihaknya turut menghargai kesabaran, pemahaman serta kepercayaan berterusan daripada pengguna, rakan niaga dan pihak berkuasa sepanjang isu ini mendapat perhatian.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Gardenia Bakers (KL) Sdn Bhd sebagai perkembangan terkini berhubung kebimbangan pengguna terhadap beberapa produk keluarannya.

Sumber: Facebook Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd

Baca juga: Hanya 4 Rumah Sembelih Diiktiraf Halal Di Kuala Lumpur, Ramai Mula Persoal Status Ayam Segar

Wan N

Recent Posts

Rahsia Buat Bihun Singapore Sedap Rupanya Tumis Udang Kering Macam Ini, Wangi Semerbak!

Cara buat bihun Singapore ini sesuai untuk mereka yang menggemari hidangan bihun goreng dengan rasa…

56 minutes ago

[VIDEO] Tikus Ratah Ayam Mentah Dalam Tong Hitam, Rakaman Dari Premis Di Pudu Buat Ramai Geli!

Tular satu rakaman memaparkan beberapa ekor tikus didakwa meratah ayam mentah yang direndam di dalam…

16 hours ago

Daun Selasih & Daun Kesum Cepat Hitam? Cuba Cara Simpan Ini, Kekal Segar Lebih Lama!

Daun selasih dan daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menaikkan aroma serta…

17 hours ago

Bayam Bulat vs Bayam Tajam, Nampak Hampir Sama Tapi Rupanya Banyak Beza! Ini Ciri-Cirinya

Bayam tajam dan bayam bulat merupakan antara sayuran hijau yang mudah ditemui di pasar basah…

17 hours ago

Anak Susah Makan Ikan? Hidangkan Salmon Goreng Kunyit Ini, Terus Jadi Kegemaran!

Hidangan goreng kunyit biasanya menggunakan ayam atau daging sebagai bahan utama. Namun, resipi ikan salmon…

17 hours ago

Resepi Biskut Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…

20 hours ago