Categories: Informasi

[VIDEO] Tikus Ratah Ayam Mentah Dalam Tong Hitam, Rakaman Dari Premis Di Pudu Buat Ramai Geli!

Tular satu rakaman memaparkan beberapa ekor tikus didakwa meratah ayam mentah yang direndam di dalam tong air hitam di sebuah premis perniagaan di Pudu, Kuala Lumpur. Keadaan tersebut mengundang rasa geli dan kebimbangan orang ramai terhadap kebersihan ayam yang dijual.

Rakaman berkenaan mula mendapat perhatian selepas seorang pengguna Threads, @shahajiq901, berkongsi video siaran langsung yang menunjukkan tikus berada di dalam tong berisi ratusan ekor ayam mentah di premis terbabit.

Menerusi perkongsian itu, pengguna berkenaan turut meluahkan kebimbangan sekiranya ayam yang sudah dicemari haiwan perosak tersebut pernah dibeli dan dimakan oleh pelanggan sebelum ini.

Lebih mengejutkan, pempengaruh media sosial itu turut mendedahkan keadaan premis berkenaan menerusi siaran langsung di TikTok pada malam tadi. Dia mendakwa premis tersebut menjual ayam mentah dalam keadaan yang kotor.

Baca juga: Hanya 4 Rumah Sembelih Diiktiraf Halal Di Kuala Lumpur, Ramai Mula Persoal Status Ayam Segar

Tikus Didakwa Makan Ayam Mentah Dalam Tong Hitam

Malah, keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila beberapa ekor tikus turut kelihatan berada di dalam tong yang sama dan dipercayai sedang memakan ayam mentah tersebut.

Menurut Zarif, pekerja asing di premis itu bertindak menutup pintu kedai sebaik sahaja menyedari kehadiran mereka yang sedang merakam keadaan di dalam premis berkenaan.

Rakaman siaran langsung tersebut turut menunjukkan seorang pelanggan lelaki yang mendakwa dirinya hanya bertugas sebagai penghantar atau runner sedang mengambil stok ayam dari premis terbabit.

Kejadian itu menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan penonton, khususnya berkaitan tahap kebersihan premis serta status halal produk yang dijual kepada pelanggan.

Orang ramai juga bimbang dengan risiko kesihatan sekiranya makanan mentah terdedah kepada tikus kerana haiwan perosak tersebut boleh membawa bakteria dan menyebarkan penyakit kepada manusia.

Susulan kejadian itu, rata-rata pengguna media sosial meminta pihak berkuasa melakukan pemeriksaan dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya dakwaan berkenaan didapati benar.

Antara komen yang ditinggalkan pengguna media sosial termasuk:

“Takut mereka hantar dekat pasar-pasr atau pasar raya yang lain. Jenis tak ada bungkusan,” kata Saiful.

“Geli la nak makan ayam sekarang ini. Memang aku makan ikan je lah hari-hari,” kata pengguna lain.

“Jangan main gila ya, kencing tikus boleh bawa mati. Mana pihak berwajib? Nak rakyat buat kerja juga ke?,” soal Habir Hafa.

Sumber: @shahajiq901 (KLIK LINK UNTUK VIDEO PENUH)

Baca juga: Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Wan N

Recent Posts

Daun Selasih & Daun Kesum Cepat Hitam? Cuba Cara Simpan Ini, Kekal Segar Lebih Lama!

Daun selasih dan daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menaikkan aroma serta…

2 hours ago

Bayam Bulat vs Bayam Tajam, Nampak Hampir Sama Tapi Rupanya Banyak Beza! Ini Ciri-Cirinya

Bayam tajam dan bayam bulat merupakan antara sayuran hijau yang mudah ditemui di pasar basah…

2 hours ago

Anak Susah Makan Ikan? Hidangkan Salmon Goreng Kunyit Ini, Terus Jadi Kegemaran!

Hidangan goreng kunyit biasanya menggunakan ayam atau daging sebagai bahan utama. Namun, resipi ikan salmon…

2 hours ago

Resepi Biskut Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…

4 hours ago

Cucur Balak Rangup Cicah Kuah Kacang, Rupanya Cara Buat Adunan Macam Kulit Ketayap!

Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…

6 hours ago

Cara Buat Bingka Ubi Dengan Permukaan Garing Tapi Isi Lembut, Manis Cukup Rasa!

Cara buat bingka ubi sendiri di rumah tidaklah sesukar yang disangka. Kuih tradisional ini cukup…

7 hours ago