Categories: Resipi

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah lama tersimpan dalam kabinet dapur. Daripada dibiarkan begitu sahaja, apa kata olah menjadi puding kukus yang lembut dan manis. Tak sangka biskut yang biasa dicicah dengan kopi ini pun boleh dijadikan pencuci mulut.

Nak buat pun tidak susah kerana hanya memerlukan tiga bahan utama iaitu biskut cream cracker, telur dan susu pekat. Semua bahan hanya perlu dikisar sehingga sebati sebelum dibahagikan kepada dua bahagian.

Adunan juga boleh dicampurkan dengan serbuk koko untuk menghasilkan dua warna berbeza. Kemudian, kukus secara berselang-seli sehingga terbentuk lapisan yang cantik. Bila sudah sejuk dan dipotong, memang nampak menarik untuk dihidangkan kepada keluarga.

Baca juga: Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

RESIPI PUDING BISKUT CREAM CRACKER 3 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 20-24 keping biskut cream cracker
  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1/2 cawan susu pekat

Bahan tambahan:

  • Serbuk koko secukupnya untuk warna coklat

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan pengukus terlebih dahulu sehingga air mendidih. Sediakan loyang bersaiz 6 inci.
  2. Rendam biskut cream cracker di dalam air tapis sehingga kembang. Kemudian, angkat dan toskan airnya.
  3. Masukkan telur, susu pekat dan biskut yang telah direndam ke dalam pengisar.
  4. Kisar semua bahan sehingga sebati dan halus tanpa ketulan biskut.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Biarkan satu bahagian dengan warna asal dan campurkan serbuk koko ke dalam satu bahagian lagi. Kacau sehingga sebati.
  6. Tuangkan satu lapisan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
  7. Selepas lapisan pertama mengeras, tuangkan pula adunan warna berbeza di atasnya. Kukus secara berselang-seli sehingga semua adunan habis.
  8. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 10 minit supaya puding masak sepenuhnya.
  9. Setelah masak, angkat loyang dan biarkan puding sejuk sebelum dipotong.
  10. Siap untuk dihidangkan!

Tip: Pastikan setiap lapisan sudah mula mengeras sebelum menuangkan adunan seterusnya supaya warna tidak bercampur. Boleh juga menggunakan pewarna makanan jika mahu menghasilkan puding dengan warna lain.

Sumber: Dhia Azlinda

Baca juga: Resipi Puding Strawberi Coklat, Ada Dua ‘Filling’ Dalam Satu Puding Yang Buat Ramai Tertarik!

Wan N

Recent Posts

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

29 minutes ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 hour ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 hours ago

Resipi Halia Goreng Rangup, Sagat Manual Tanpa Mesin Pun Boleh Dapat Tekstur Berurat!

Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…

3 hours ago

Absolut Bazaar 2027 Kembali, Kali Ini Singgah Kuantan & Ada Konsep Baharu!

Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…

3 hours ago