Categories: Tips & Petua

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada kalanya perut terasa penuh, senak dan tidak selesa selepas menikmati makanan tertentu.

Bagi yang sering mengalami masalah ini, mungkin boleh cuba petua air buang angin menggunakan dua bahan yang mudah didapati di dapur iaitu bawang putih dan halia.

Cara penyediaannya juga tidak rumit kerana kedua-dua bahan hanya perlu dihiris nipis sebelum direndam dalam air panas. Jika mahu rasa lebih manis, boleh tambahkan sedikit madu atau gula mengikut kesukaan.

Baca juga: Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

RESIPI AIR BUANG ANGN GUNA BAWANG PUTIH DAN HALIA

Bahan-bahan:

  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu madu atau sedikit gula (jika suka)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kupas bawang putih dan halia terlebih dahulu.
  2. Hiris nipis kedua-dua bahan tersebut.
  3. Masukkan hirisan bawang putih dan halia ke dalam cawan.
  4. Tuangkan air panas secukupnya ke dalam cawan.
  5. Biarkan seketika supaya bahan-bahan tersebut meresap ke dalam air.
  6. Tambahkan sesudu madu atau sedikit gula jika mahu rasa yang lebih manis.
  7. Kacau sebati dan minum ketika masih panas atau suam.

Menurut perkongsian asal, minuman ini menjadi pilihan setiap kali perut terasa kembung dan tidak selesa akibat angin. Jika kurang gemar rasa bawang putih yang kuat, boleh mulakan dengan kuantiti sedikit terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, jika masalah kembung kerap berlaku, berpanjangan atau disertai sakit perut yang kuat, muntah dan gejala lain, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Sumber: Sharifah Hanim

Baca juga: Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Wan N

Recent Posts

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

33 minutes ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

45 minutes ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

3 hours ago

Resipi Halia Goreng Rangup, Sagat Manual Tanpa Mesin Pun Boleh Dapat Tekstur Berurat!

Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…

3 hours ago