Boleh Makan Unlimited Daging Bakar Untuk 1 Jam Di Restoran Jepun Halal Di Bangi

Viral di TikTok baru baru ini sebuah restoran Jepun yang menyajikan daging bakar dengan harga yang murah! Tapi yang lagi bestnya mesti lah dagingnya yang sedap dan anda juga boleh mendapatkan unlimited daging bakar untuk satu jam hanya dengan harga RM 25 je seorang tau. Menarik kan?

Nama restoran ini adalah Samurai Yakiniku dan terletak di Bangi Gateway. Kedai ini masih baru lagi dan memang banyak lah pilihan daging dan sos yang anda boleh makan. Kalau anda yang berada di Bangi tu, memang rugi lah kalau anda tak singgah makan di sini.

Boleh Makan Unlimited Daging Bakar Untuk 1 Jam Di Restoran Jepun Halal Di Bangi

Boleh Makan Unlimited Daging Bakar Untuk 1 Jam Di Restoran Jepun Halal Di Bangi:

Sebuah akaun di Tiktok @Nora.tqh ada berkongsi video di akaun miliknya dan pengalamanya makan di restoran itu. Menurutnya, anda boleh makan daging bakar sebanyak yang boleh selama satu jam.

Dan dalam package yang disertakan untuk anda adalah anda akan mendapat nasi, sup, salad, soy sauce dan air masak. Dan semuanya boleh tambah tau! Haa menarik kan?

Selain itu, daging yang anda boleh tambah dalam package ini adalah, shabu-shabu, yakiniku dan yakitori. 

Boleh Makan Unlimited Daging Bakar Untuk 1 Jam Di Restoran Jepun Halal Di Bangi

Berbaloi dengan harga and daging dia sedap sangat

Anda tak perlu risau, sebab di restoran ini ada juga menyediakan menu lain seperti daging wagyu, ayam dan donburi. Jadi anda boleh lah merasai makanan Jepun yang lain.

Boleh Makan Unlimited Daging Bakar Untuk 1 Jam Di Restoran Jepun Halal Di Bangi

Boleh Makan Unlimited Daging Bakar Untuk 1 Jam Di Restoran Jepun Halal Di Bangi

Ada je menu lain, so korang jangan risau yang paling penting kosongkan perut siap-siap

Rata-rata orang yang comment di Tiktok @Nora.tqh juga bersetuju dan mengatakan yang daging di restoran ini memang sedap dan berbaloi dengan harganya yang murah tu.

Boleh Makan Unlimited Daging Bakar Untuk 1 Jam Di Restoran Jepun Halal Di Bangi    Boleh Makan Unlimited Daging Bakar Untuk 1 Jam Di Restoran Jepun Halal Di Bangi

Jadi, kepada anda yang teringinkan nak makan daging bakar yang banyak dan murah anda jangan lepaskan peluang ini untuk makan di Restoran Samurai Yakiniku di Bangi ni okay!

http://www.tiktok.com/@nora_tqh/video/7104817159666175259?_t=8SqIbr8ZVIY&_r=1

Alamat: C-11-G Bangi Gateway Shopping Complex Persiaran Pekeliling Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor

Waktu Beroperasi: Setiap Hari (11.30 AM – 10 PM)

Sumber: @Nora.tqh

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN