boko ubi kayu

Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi Kayu yang sejak dulu lagi disukai ramai.

Boko Ubi Kayu merupakan antara kuih yang terkenal di negeri pantai Timur Semenanjung Malaysia. Buat pengetahuan anda, boko bermaksud loyang yang digunakan untuk mengukus.

Nak buat sendiri di rumah, boleh ikut resipi Boko Ubi Kayu dengan langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Liza Hashim di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Bakar Ubi Keledek Guna Air Fryer, Sekejap Saja Isi Jadi Empuk Dan ‘Juicy’!

RESIPI BOKO UBI KAYU

boko ubi kayu

Bahan-bahan lapisan bawah:

  • Ubi kayu (diparut, 2 cawan)
  • 1 cawan gula merah
  • 3 cawan air

Bahan-bahan lapisan atas:

  • Santan kotak kecil (jadikan 3 cawan)
  • 1/3 cawan tepung beras
  • Garam halus

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, buang kulit ubi kayu, bersihkan dan sagat kasar, tapi terpulang nak kisar pun boleh dan dapatkan lebih kurang 2 cawan.

2. Selepas itu, perah dan ambil bahagian ubi yang disagat saja.

3. Biarkan sebentar air perahan dan ambil kanji yang medap, kemudian masukkan ke dalam ubi tadi.

4. Seterusnya, guna gula merah dalam 1 ketul setengah dan cairkan dengan 1 cawan air panas.

5. Apabila sudah cair, tambah lagi baki 2 cawan air dan tambah gula jika nak lebih manis, kemudian sejukkan.

6. Dalam bekas yang sesuai, campurkan ubi dan air gula tadi, kemudian kacau. Lebih kurang guna 2 cawan ubi dan 3 cawan air.

*sudah sesuai bagi saya sebab tekstur boko ini lemah-lembut, jika keras tak seronok nanti jadi macam talam pula.

boko ubi kayu

7. Masukkan dalam bekas yang sesuai dalam 1/3 saja, kemudian kukuslah sehingga ia bertukar warnanya jernih. Lebih kurang dalam 10 hingga 15 minit saja sebab guna bekas kecil saja.

8. Bagi menyediakan bahagian santannya, guna 1 kotak kecil santan dan jadikan 3 cawan air.

9. Sebatikan dengan garam (1 sudu kecil) dan 1/3 cawan tepung beras, kemudian panaskan perlahan-lahan sehingga pekat dan mendidih.

10. Akhir sekali, lapiskan bahagian santan dan sejukkan selama beberapa jam. Boko Ubi Kayu siap untuk dinikmati!

Selamat mencuba!

Sumber: Liza Hashim

Baca juga: Resepi Bingka Ubi Kayu, Begini Caranya Untuk Dapat Kerak Luar Yang Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN