khasiat air rebusan beras

Mungkin sesetengah orang sudah biasa dengan ‘air nasi’, namun tak ramai yang tahu ada banyak khasiat air rebusan beras ini.

‘Air nasi’ atau air rebusan nasi ini berasal dari air rebusan beras yang separuh masak. Ia sering digunakan untuk merawat cirit-birit, masalah angin, demam dan lain-lain lagi.

Orang tua zaman dahulu mungkin tahu akan petua ini kerana mereka pernah mengamalkan gaya hidup tradisional. Berbeza dengan zaman sekarang, petua ini mungkin dianggap pelik.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai khasiat ‘air nasi’, jom ikuti perkongsikan oleh Dr. Suri Roowi di bawah.

Baca juga: Cara Buat Stok Air Barli, Minum Hari-Hari Banyak Khasiatnya!

KHASIAT AIR REBUSAN BERAS

khasiat air rebusan beras

Kalau sudah memang rakyat Malaysia, semestinya tidak boleh lari lagi dari makan nasi.

Beras ada pelbagai jenis antaranya beras perang, beras putih, beras basmathi dan lain-lain lagi.

Sebelum kita masak nasi menggunakan periuk nasi elektrik atau masak atas api, perkara utama yang perlu kita lakukan adalah basuh dahulu beras tersebut. Ia bertujuan untuk membuang habuk pada beras tersebut.

Tahukah anda, air rebusan nasi sebenarnya lebih berkhasiat berbanding nasi itu sendiri. Ini kerana..

  1. Kajian menunjukkan air nasi beras perang kaya asid coumaric dan asid ferulik. Bahan-bahan ini bertindak sebagai antikanser, antidiabetes dan antioksidan.
  2. Bahan berkhasiat ini biasanya hadir dalam bentuk bebas dalam air nasi dan mudah diserap ke dalam darah.
  3. Air nasi yang dibuat menggunakan beras perang dan beras berwarna juga didapati lebih tinggi bahan antioksidan berbanding beras putih.
  4. Air nasi juga dapat membantu mengatasi masalah angin, sembelit atau cirit birit
  5. Selain itu, air nasi dapat menstabilkan suhu badan dan mengelakkan dehidrasi.
  6. Air nasi juga membantu menurunkan berat badan.
  7. Seeloknya diminum bersama madu asli.

BEZA AIR NASI DAN BUBUR NASI

Ada yang tanya, apa bezanya minum air nasi ni dengan makan bubur nasi? Maklumlah, kalau nak ikutkan dua-dua pun air nasi juga kan?

Menurut Dr. Suri, jika nasi sudah jadi bubur, sebahagian bahan khasiat sudah diikat.

Jika dah jadi nasi, lagi banyak khasiat akan diikat. Jika bahan khasiat diikat, lagi lama nak diserap ke dalam tubuh.

Bahan khasiat air nasi biasanya diserap dalam 30 minit. Berbanding nasi dan bubur dalam 5 hingga 24 jam. Itu pun tak banyak yang diserap.

Jadi, itulah sebabnya ‘air nasi’ ini berbeza dengan bubur nasi dan mempunyai khasiatnya yang tersendiri!

CARA BUAT AIR REBUSAN BERAS/AIR NASI

  1. Untuk membuat air rebusan beras, Anda perlu menyiapkan dua bahan utama, iaitu beras sebanyak dua senduk  dan 1 gelas kecil air.
  2. Sukatan air dan beras di atas hanya digunakan untuk satu atau dua kali minum.
  3. Seeloknya pilih beras yang berkualiti baik untuk membuat air nasi ini.
  4. Cara membuat air rebusan beras ini sama macam nak masak nasi. Pertama, cuci berasnya terlebih dahulu dan toskan.
  5. Tempatkan beras dalam periuk dan tambahkan air. Rebus hingga beras menjadi lembut. Kemudian, matikan api dan pisahkan nasi dengan air rebus dengan menggunakan penapis.
  6. Air nasi / air beras siap untuk diminum.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Dr Suri Roowi, Sirap Limau

Baca juga: Cara Buat Air Nabeez, Minuman Kegemaran Rasulullah Yang Banyak Khasiatnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN