Categories: Resipi

Jom Buat Sendiri Nugget Ayam Homemade, Lagi Sihat Tanpa Lemak & Bahan Pengawet!

Kalau ada lebihan nasi semalam dan isi ayam dalam peti, apa kata jom cuba resepi nugget ayam homemade yang sedap dan senang sangat nak buat. Guna bahan asas yang memang selalu ada kat dapur saja.

Resipi ini memang sesuai untuk ibu-ibu yang nak sediakan snek sihat untuk anak-anak atau yang tengah cari idea nak habiskan lebihan nasi. Tak perlu bahan pelik, tak renyah dan tak ambil masa lama pun.

Selepas dikukus, simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, goreng saja terus. Anak-anak pun mesti suka, mak pun lega sebab tahu bahan apa yang digunakan. Kalau beli di luar, risau ada bahan pengawet.

Baca juga: Resipi Sosej Ayam Homemade, Bila Gigit Lembut Elok & Tak Kenyal

RESEPI NUGGET AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • Nasi (lebih pun boleh guna)
  • Isi ayam
  • Lobak merah
  • Bawang putih
  • Telur
  • Tepung gandum atau tepung bestari (gunakan salah satu, tidak perlu campur)

Cara Penyediaan:

  1. Kisar nasi, isi ayam, lobak merah dan bawang putih hingga halus.
  2. Masukkan adunan ke dalam bekas tahan panas dan kukus selama 30 minit.
  3. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong mengikut bentuk yang diingini.
  4. Celup potongan nugget ke dalam telur, kemudian salut dengan tepung pilihan.
  5. Goreng hingga keemasan dan rangup di luar.

Senang sangat nak buat dan boleh simpan dalam peti sejuk beku sebagai stok. Bila lapar, tinggal goreng sahaja. Memang jimat dan puas hati!

Sumber: Izzah Idzhar

Baca juga: Cara Buat Serbuk Pati Ayam Homemade. Bebas Gula, Garam, MSG & Bahan Pengawet!

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

6 hours ago