kek lapis asam

Jika suka makan pencuci mulut klasik, anda pasti teruja dengan resipi Kek Lapis Asam Manis yang kami kongsikan ini kerana ia mudah dibuat menggunakan acuan lompang.

Kek Lapis Asam Manis adalah sejenis pencuci mulut dengan kombinasi lapisan manis dan sedikit masam. Biasanya, haw flakes digunakan untuk memberi sentuhan rasa asam tersebut.

Nampak saja sukar, tapi kek ini sebenarnya mudah dibuat menggunakan acuan lompang dengan mengikut resipi oleh Kak Za Ahmad di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kek Lapis Dilwale, Makan Sampai Terbayang Filem Bollywood!

RESIPI KEK LAPIS ASAM MANIS

kek lapis asam

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, pukul marjerin, susu dan gula sampai kembang.

2. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan marjerin yang sudah kembang tadi, kemudian gaul sebati.

3. Masukkan esen vanilla dan baking powder, kemudian gaul sebati lagi.

4. Selepas itu, masukkan biskut yang sudah dikisar dan gaul sebati.

5. Kemudian, bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna pada setiap bahagian.

6. Kukus selapis demi selapis. Masukkan adunan pertama, susun haw flakes, kukus selama 5 minit atau sampai keras sikit adunan pertama (ikut acuan yang digunakan, jika acuan kecil, cepat saja kerasnya), masukkan lapisan kedua dan seterusnya.

7. Setelah sejuk, boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!

kek lapis asam

Bukan saja kek ini mudah dimakan, malah bentuknya yang cantik berwarna-warni pasti dapat membuatkan selera keluarga anda tergoda melihatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Kak Za Ahmad

Baca juga: Kek Lapis Asam Manis, Lembutnya Lebih Sempurna Dengan Cara Kukus

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN