
Ramai yang suka teh hijau, tapi tak ramai yang tahu bahawa matcha dan green tea sebenarnya bukanlah benda yang sama walaupun nampak serupa dari segi warnanya.
Meskipun kedua-duanya datang daripada pokok yang sama iaitu Camellia sinensis, tapi cara pemprosesan, rasa dan khasiatnya berbeza jauh.
Jika anda sedang mencari minuman sihat untuk tingkatkan tenaga, bantu fokus atau sekadar nak detoks, kenalah tahu bezakan antara matcha dan green tea supaya tak salah pilih nanti.
Baca juga: Beza Sos Karamel Dan Butterscotch, Nampak Sama Tapi Tak Serupa Sebenarnya
BEZA MATCHA DAN GREEN TEA
GREEN TEA

- Teh hijau biasa yang menggunakan daun teh kering dan direndam dalam air panas.
- Rasanya ringan, sedikit kelat dan warnanya kuning kehijauan.
- Mudah disediakan dan harga mesra poket.
- Kaya antioksidan, bantu lawan radikal bebas.
- Baik untuk kesihatan jantung dan kulit.
- Boleh bantu bakar kalori dan detoks badan.
MATCHA

- Teh hijau dalam bentuk serbuk halus yang dibancuh terus dalam air.
- Rasanya kuat, lebih pekat dan warnanya hijau terang.
- Harga lebih mahal kerana cara penghasilannya rumit.
- Tinggi kandungan L-theanine yang membantu tingkatkan fokus dan kurangkan stres.
- Memberi tenaga lebih stabil (tak seperti kopi yang buat jantung berdebar)
- Lebih banyak antioksidan berbanding green tea biasa.
NAK PILIH YANG MANA SATU?
Pilih green tea jika anda:
- Nak minuman ringan untuk detoks harian.
- Mahukan sesuatu yang senang dan murah.
- Baru nak mula minum teh hijau.
Pilih matcha jika anda:
- Nak tingkatkan tenaga dan kekal fokus sepanjang hari.
- Perlukan alternatif kepada kopi.
- Nak manfaat antioksidan yang maksimum.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Zikri, Siti Murni (The Rakyat Post – BM)
Baca juga: Perbezaan Gula Kastor Dan Gula Halus, Begini Cara Gunakannya Dengan Betul
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














