beza lada

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu tentang beza lada hitam dan lada putih yang buatkan masakan menjadi lebih sedap.

Selama ini, ramai yang anggap lada hitam dan lada putih diambil dari pokok berlainan. Sebenarnya, kedua-dua bahan rempah ini datang dari pokok yang sama iaitu Piper nigrum.

Walaupun begitu, terdapat beza lada hitam dan lada putih yang sering digunakan dalam masakan. Bukan saja penghasilan dan bentuknya tak sama, malah aromanya juga sungguh berbeza. Jom kita tengok perbezaannya!

Baca juga: Beza Jintan Putih Dan Jintan Manis, Kena Tahu Sesuai Untuk Masak Apa

BEZA LADA HITAM DAN LADA PUTIH

Lada Hitam

beza lada

  • Dipetik semasa masih hijau dan belum masak, sebelum dimasak dan dikeringkan sehingga jadi hitam pekat.
  • Tempoh penyimpanan yang lebih tahan lama.
  • Aromanya lebih kuat daripada lada putih.
  • Rasanya lebih pedas.
  • Bijinya kuat dan keras.
  • Bertekstur kasar dan berkedut.
  • Sering digunakan dalam masakan Barat seperti sos, steak, pasta, kentang putar, sup cendawan dan sebagainya.

Lada Putih

beza lada

  • Dituai dalam keadaan masak sepenuhnya dan direndam dalam air untuk menghilangkan kulit luar yang gelap.
  • Tempoh penyimpanan yang tak tahan lama.
  • Aroma tak sekuat lada hitam.
  • Rasa lebih ringan dan kurang pedas.
  • Bijinya lebih rapuh.
  • Bertekstur lembut dan licin.
  • Sering digunakan dalam masakan Asia seperti sup, nasi goreng, sayur, mee rebus, bihun, ayam goreng dan banyak lagi.

Mudah saja untuk ingat beza lada hitam dan lada putih ini dengan melihat pada rupa dan aromanya. Senang cerita, ia bergantung kepada citarasa dalam masakan anda.

Setelah tahu perbezaanya, dapatlah anda gunakan kedua-dua bahan rempah ini dengan sebaik mungkin sewaktu memasak nanti.

Jangan lupa kongsikan info berguna ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang suka memasak di rumah. Ingat, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri dalam hidangan tertentu.

Semoiga bermanfaat!

Sumber: PETUA NENEK

Baca juga: Beza Butter Dan Marjerin, Mana Yang Lebih Bagus Untuk Buat Kuih Atau Kek?

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN