
Dapat sekotak limau mandarin sempena perayaan Tahun Baru Cina kelmarin, tapi tak tahu nak habiskan macam mana lagi. Jika begitu, bolehlah buat resepi Kek Limau Mandarin ini.
Menjelang saja perayaan Tahun Baru Cina, pasti ada yang menerima limau mandarin daripada kenalan, rakan sekerja atau jiran tetangga yang menjadi tradisi masyarakat Cina di Malaysia.
No Ha Za telah kongsikan resepi Kek Limau Mandarin di Facebook yang sangat menarik dengan menggunakan blender saja tapi hasilnya cukup gebu gebas. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Kek Oren Tak Payah Guna Butter, Lembutnya Cukup Klasik
RESEPI KEK LIMAU MANDARIN

Bahan A:
- 3 telur gred B
- 200gram atau 1 cawan minyak
- 200gram atau 1 cawan gula
- 2 sudu besar sunquick orange (tambahan)
- 200gram atau 2 biji potongan limau mandarin (buang biji dan kulit)
Bahan B:
- 250gram atau 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1½ sudu teh baking powder
- ½ sudu teh garam
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat, baking powder dan garam.
2. Kemudian, masukkan bahan A dalam blender mengikut turutan (telur, minyak, gula, limau mandarin, sunquick orange).
2. Selepas itu, kisar selama 3 hingga 4 minit atau sampai nampak gebu.
3. Seterusnya, masukkan ke dalam bekas bahan B yang sudah diayak tadi dan kaup balik sebati.
4. Sebagai tambahan, boleh hias atas kek dengan ceri merah jika suka.
5. Akhir sekali, bakar dengan menggunakan suhu 170ºC selama 35 minit atau masak (suhu dan masa mengikut oven masing-masing). Setelah itu, boleh potong. Siap untuk dinikmati!

Kredit Gambar: timolina dari Freepik
Selain loyang biasa, anda boleh juga pakai jenis loyang berlubang tengah yang memang khas untuk dibakar atas dapur gas dan gunakan api kecil saja selama 30 minit sampai kek masak.
Tak susah pun nak habiskan limau mandarin kerana risau busuk atau masam, cukup anda buat saja resepi Kek Limau Mandarin yang lazat dan mudah ini di rumah.
Selamat mencuba!
Kredit gambar muka depan: Facebook No Ha Za, stockking dari Freepik
Sumber: No Ha Za
Baca juga: Kek Oren Kampung, Bau Klasik Buat Kita Teringat Air Tangan Nenek
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














