label makanan

Perkara pertama yang perlu diperiksa setiap kali membeli atau menggunakan barang dapur adalah tarikh luput pada label makanan.

Antara istilah penting yang digunakan pada label makanan ialah ‘Tarikh Luput’ (Expired Date), ‘Guna Sebelum’ (Use By) dan ‘Baik Sebelum’ (Best Before) tapi ramai yang masih keliru dengannya.

Walaupun tarikh luput sudah berlalu, namun masih ramai yang menganggap selagi tak berubah rasa dan teksturnya, boleh digunakan seperti biasa.

Kita tak tahu sejauh mana produk itu selamat digunakan. Oleh itu, kita perlu kenal pasti tentang perbezaan ‘Tarikh Luput’, ‘Guna Sebelum’ dan ‘Baik Sebelum’ pada label makanan.

Baca juga: 6 Jenis Susu Tin Yang Dijual Di Kedai, Dah Tahu Pilih Mana Satu Sesuai!

BEZA ‘TARIKH LUPUT’, ‘GUNA SEBELUM’ DAN ‘BAIK SEBELUM’ PADA LABEL MAKANAN

  • ‘Tarikh Luput’ atau ‘Expired Date’ adalah tarikh akhir produk boleh digunakan.

label makanan

Istilah ‘Tarikh Luput’ adalah paling mudah dan kerap dijumpai pada produk yang bermaksud anda hanya boleh makan atau minum produk itu sehingga tarikh akhir yang tertera.

Jika produk itu sudah melebihi tarikh yang dinyatakan, bermakna ia tak boleh dimakan atau diminum lagi kerana dikhuatiri terdapat pertumbuhan bakteria berbahaya kepada kesihatan.

Senang cerita, jangan masak, makan atau bekukan, terus buang saja selepas tarikh yang tertera pada produk.

Biasanya produk yang menggunakan istilah ini adalah seperti produk yang berbentuk cecair ataupun susu formula.

  • ‘Guna Sebelum’ atau ‘Use By’ bermaksud ia selamat dimakan sehingga tarikh dinyatakan.

label makanan

Jika sesuatu produk mempunyai istilah ‘Guna Sebelum’, maksudnya anda hanya boleh makan produk itu sehingga tarikh yang dinyatakan saja.

Anda mungkin akan hadapi risiko jika makan produk itu selepas tarikh yang dinyatakan. Selain itu, produk yang gunakan istilah ini hanya boleh disimpan dan dibekukan sehingga tarikh yang dinyatakan saja.

Biasanya produk yang menggunakan istilah ini adalah seperti daging dan ikan yang sudah dibungkus atau makanan kering.

  • ‘Baik Sebelum’ atau ‘Best Before’ merujuk kepada rasa dan kualiti makanan.

Jika anda mendapati produk itu mempunyai istilah ‘Baik Sebelum’, bermakna ia masih selamat untuk dimakan selepas tarikh yang dinyatakan.

Namun, tarikh yang dinyatakan itu adalah untuk memaklumkan bahawa makanan tersebut memiliki kualiti terbaik jika dimakan sebelum tarikhnya.

Jika lebih daripada tarikh yang tertera, kemungkinan rasa dan kualiti produk akan ada sedikit perubahan.

Biasanya produk yang menggunakan istilah ini adalah seperti makanan kering, makanan dalam tin dan makanan sejuk beku.

Buat anda yang suka beli barang dapur secara borong, jangan lupa untuk lihat tarikh luput yang ada pada label makanan sebelum membelinya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: iloveborneo, NorbayaDahalan

Baca juga: Tips Jimat Minyak Masak Di Rumah Yang Berguna, Tak Cuba Memang Rugi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN