minyak goreng

Biasanya kalau selepas guna minyak untuk menggoreng ayam, ikan atau udang, kita akan buang minyak tu kalau minyak dah terlampau kotor kan?

Rupanya ada cara mudah untuk ‘cuci’ minyak tersebut supaya boleh digunakan semula. Lagi-lagi kalau baru guna sekali saja, sayang nak buang minyak tu.

Seorang pengguna laman sosial TikTok, Richard ada berkongsikan cara mudah untuk bersihkan minyak tersebut. Jom lihat caranya di bawah.

Cara Mudah Bersihkan Minyak Goreng

Dalam video tersebut, Richard ada mengajarkan cara mudah untuk membersihkan minyak goreng. Sayang nak buang, lagi-lagi kalau baru guna sekali saja.

Caranya mudah, anda hanya perlu menggunakan dua bahan ini saja iaitu:

  • 100gm tepung jagung
  • 150ml air

Campur tepung jagung dengan air dan kacau sebati. Kemudian masukkan adunan tepung jagung tadi ke dalam minyak panas, kemudian baru tutup api.

Biarkan selama 15 minit, kemudian dah boleh angkat campuran tepung jagung tadi. Hasilnya, ia telah menyerap semua sisa kotoran dalam minyak.

Lagi kotor minyak tu, lagi gelaplah warna campuran tepung itu. Tengok hasilnya, dah bersih berkilat, minyak macam baru beli.

Jadi, selepas ini jangan buang minyak tu ya. Ikut saja cara ni, jimat! Jom lihat video penuh di bawah.

Sumber: @richard_is_cooking

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN