bebola nasi

Bebola Nasi Atau Jumeok-Bap Ala Korea, Laku Habis Anak Anak Makan!

Resipi ni guna 100% barang-barang Malaysia. Tak ada barang Korea. Nak buat untuk sahur pun boleh, untuk bekal pun boleh. Guna nasi leftover je.

Wah! Kepada mereka yang tengah diet mesti seronok ada reseii yang simple, sedap dan mengenyangkan ini.

Baca juga: Cara Buat Rabokki (Ramen + Tteokbokki), Pedas, Manis & Mudah

Jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Hanim Desa di laman Facebook ini. Anak-anak pun mesti suka!


RESIPI BEBOLA NASI ATAU JUMEOK-BAP

bebola nasi

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi panas 
  • 1/2 cawan mayonis
  • 1 sudu minyak bijan
  • Garam & serbuk perasa secukup rasa
  • 2 keping besar seaweed big bang – ramas hancur
  • 2 sudu bijan sangai
  • Sosej yang digoreng dan dipotong kecil secukupnya – boleh ganti dengan nugget goreng/meatball/crabstick

Cara-cara membuatnya:

1. Gaul nasi dengan mayonis, minyak bijan, garam, serbuk perasa, seaweed hancur dan bijan sangai. Gaul rata.

2. Ambil nasi tadi, kepalkan ia, buat lubang ditengah & letakkan sosej. Kepalkan bulat-bulat.

3. Tabur sikit bijan. Siap!


Memang sedap dimakan bersama ramen atau rabokki sambil layan K-Drama~

Jadi yang dah dapat idea nak masak apa waktu malam tengah lapar tu, boleh buat resipi ni. Semoga resipi bebola nasi ini bermanfaat buat anda semua. Anak-anak juga pasti suka.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Tteokbokki Halal Homemade, Lagi ‘Feel’ Sambil Layan Kdrama

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN