cheesecake bunga telang

Cheesecake bunga telang ini sangat cantik kerana warna biru terang yang semula jadi dari bunga itu sendiri. Hidangan ini sangat sesuai untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut.

Resipi oleh Muhammad Ali atau Mr Ali memang senang dicuba untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam membuat hidangan pencuci mulut berasaskan kek tanpa menggunakan oven. 

Jom kita tengok resipinya.

Baca juga: Jom Cuba Susu Goreng Resipi Dari Itali, Manis & Sedap Lain Macam!

RESIPI CHEESECAKE BUNGA TELANG

Bahan-Bahan:

1. Base:

  • 160 gram biskut digestive (dihancurkan halus)
  • 60 gram mentega

2. Mousse Warna Bunga Telang:

  • 200 gram susu segar atau susu full cream
  • 8 gram bunga telang kering (boleh didapati di kedai roti)
  • 8 gram gelatin

3. Mousse Biasa:

  • 500 gram keju krim
  • 250 gram whipping cream
  • 150 gram gula aising
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar yogurt plain
  • 25 gram jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 20 gram gelatin + 60 gram air sejuk

4. Topping:

  • 250 gram air panas
  • 60 gram gula kastor
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 15 gram bunga telang kering atau 30 gram bunga telang segar
  • 15 gram gelatin

Cara-Cara:

1. Base:

  • Gaulkan biskut digestive yang telah dihancurkan bersama mentega. Padatkan dalam loyang 7 inci. Biarkan set selama 30 minit.

2. Mousse Warna Bunga Telang:

  • Double boil susu segar dan bunga telang kering sehingga keluar warna yang terang. Kemudian, masukkan gelatin yang telah dilarutkan. Gaul sehingga sebati. Saring dan ketepikan.

3. Mousse Biasa:

  • Pukul keju krim bersama gula aising, susu pekat, yogurt plain, jus lemon, dan esen vanilla sehingga sebati dan halus.
  • Masukkan whipping cream sejuk dan terus pukul sehingga gebu.
  • Cairkan gelatin dalam air sejuk, kemudian masukkan ke dalam adunan keju krim dan pukul sehingga sebati.

4. Susun dan Hias:

  • Masukkan adunan mousse keju krim tanpa warna ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, masukkan adunan mousse warna bunga telang di atasnya.
  • Buat gerakan ombak dengan spatula untuk mencipta corak yang cantik.
  • Biarkan set selama sejam.

5. Topping:

  • Campurkan air panas, gula kastor, jus lemon, dan bunga telang. Kemudian, masukkan gelatin yang telah dilarutkan. Gaul rata.
  • Biarkan sedikit sejuk sebelum dituang ke atas kek.
  • Biarkan set selama 4 jam sebelum dihidangkan.

cheesecake bunga telang

Tips:

  • Pastikan untuk mencampurkan semua bahan mousse sebelum memanaskan.
  • Elakkan menggunakan terlalu banyak air agar kek tidak menjadi terlalu lembap.

Sumber: Muhammad Ali

Baca juga: Pencuci Mulut Level Kayangan, Ini ‘TIP’ Supaya Jadi Lembut Dan Gebu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN