ayam tumis

Setiap kali ada resipi lain dari yang lain, mesti ramai teringin mencubanya seperti Ayam Tumis Thai yang sedapnya luar biasa ini.

Masakan tumis Thai biasanya dibuat untuk makanan laut seperti sotong, udang, kerang dan lain-lain. Selain itu, ia juga digunakan untuk masak sayur-sayuran.

Apabila dapat tahu adanya resipi Ayam Tumis Thai, memang tak sabar nak masak dan hidangkan buat seisi keluarga di rumah.

Nak tahu bagaimana rasanya Ayam Tumis Thai yang dikhabarkan sedap ini, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Lieya Rasha di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: TikTok ‘Creator of the Year’, Che Sayang Kitchen Kongsi Resepi Ayam Bakar Mayonis Dapat 13 Juta Views

RESIPI AYAM TUMIS THAI

ayam tumis

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Lada hidup
  • Cili api (jika nak pedas, letak lebih)
  • Kunyit hidup
  • Bawang putih
  • Daun limau purut
  • Serai
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Garam
  • Sos tiram
  • Gula
  • Ajinomoto

Bahan hiasan:

  • Bawang holland
  • Lada hidup

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng ayam dalam minyak masak yang panas sehingga separuh garing dan ketepikan terlebih dahulu.

ayam tumis

2. Selepas itu, kisar lada hidup, cili api, kunyit hidup dan bawang putih sehingga separuh lumat saja, tak perlu sampai betul-betul lumat.

3. Seterusnya, tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau dan letak daun limau purut (koyak-koyak saja) dan serai (ketuk dahulu).

4. Kemudian, biarkan lama sehingga pecah minyak dan bawang itu masak, serta masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, gula, garam, ajinomoto.

5. Biarkan lama seketika dan masukkan ayam goreng tadi, kemudian gaullah sehingga sebati.

6. Akhir sekali, letakkan bawang holland yang dipotong bulat dan lada hidup yang dihiris sebagai hiasannya. Siap untuk dihidang!

Ramai yang telah cuba resipi Ayam Tumis Thai ini dan tak sangka ia memang sedap seperti dikhabarkan, malah ada yang membuatnya berulang kali tanpa jemu.

Selamat mencuba!

Sumber: Lieya Rasha

Baca juga: Ayam Bakar Air Fryer Tanpa Gula, 3 Langkah Saja Dapat Isi Lembut Berjus!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN