family mart

Sudah terdapat pelbagai kedai serbaneka seperti Family Mart telah diwujudkan di sini. Kedai serbaneka ini kebanyakannya datang dari negara Korea ataupun Jepun kemudian dibuka di Malaysia.

Salah satu kedai serbaneka yang popular dan menjadi topik hangat pada hari ini ialah Family Mart.

Family Mart merupakan rangkaian francais kedai serbaneka Jepun yang berpusat di Toshima, Tokyo.

Artikel berkaitan: Resepi Oden Ala Family Mart, Hanya Dengan 3 Langkah Je Dah Siap!

Menu yang menjadi sambutan orang ramai sewaktu pembukaan awal Family Mart di sini, ialah aiskrim lembut berperisa Matcha (Matcha Sofuto) dan Oden yang dihidangkan bersama kuah tomyam mengikut selera masyarakat setempat.

Oleh hal demikian baru-baru ini, tular di laman Tik Tok mengenai seorang wanita Jepun meluahkan rasa hairan apabila melihat menu makanan yang dijual di Family Mart Malaysia.

Berdasarkan keterangan wanita itu yang juga merupakan wakil Google New York, menu yang dijual di Malaysia berbeza daripada apa yang dijual di Jepun.

“Crawfish? Saya tidak tahu. Sekali lagi saya tegaskan Jepun tidak makan Crawfish, jadi saya sangat tertanya-tanya bagaimanakah rasa Crawfish Onigiri tersebut,” tanya wanita berkenaan.

Jelas wanita itu, ini merupakan kali pertama dia melihat makanan Jepun yang dicampurkan dengan bahan-bahan pedas misalnya seperti kuah tomyam yang dijadikan sebagai kuah Oden.

Dikatakan bahawa sebenarnya orang Jepun tidak makan makanan yang pedas jadi menu tersebut tidak wujud di sana.

“Ini sangat genius (paparkan menu Oden Malaysia). Oden di Jepun biasanya hanyalah fishcake yang direbus tanpa perasa. Tapi kuah tomyam dan kuah sate?? Ini sangat genius. Ini perlu diimport ke Tokyo,” terangnya kagum dengan menu yang di’fusion’ kan dengan selera masyarakat di sini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berseloroh mengenai pelbagai makanan Jepun lagi yang dirojakkan di Malaysia yang belum diketahui olehnya.

Antara komen netizen:

Video Penuh:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN