Categories: InfomasiResipi

Ayam Masam Manis Guna Resipi Angah, Memang Marvellous!

Jom cuba resipi Ayam Masam Manis. Bagi peminat ayam goreng, mungkin anda pernah merasa bosan dengan kebiasaan selalu makan ayam goreng.

Sekiranya bukan ayam goreng biasa, anda mungkin mencuba menambahkan sambal atau kicap untuk mencipta versi seperti sambal ayam atau ayam masak kicap.

Baca juga: Daging Taugeh Ikut Resipi Angah, Kecur Air Liur Dibuatnya!

Selain daripada ayam goreng, anda mungkin juga mencuba hidangan lain seperti sup ayam, tomyam ayam, ayam masak lemak cili api, dan pelbagai lagi resipi ayam yang popular.

Kali ini, mari cuba resipi ayam masam manis yang dikongsi oleh Chef Angah, atau Angah Raja Lawak, melalui platform TikTok miliknya. 

RESIPI AYAM MASAM MANIS

Bahan-bahan:

  • Ayam yang sudah dipotong kecil
  • Sos lea & pepperins
  • Sos tomato
  • Lada sulah
  • Sos tiram
  • Tepung jagung
  • Air nanas dalam tin
  • Bawang putih yang sudah dipotong halus
  • Cili merah
  • Lada benggala
  • Bawang merah
  • Nanas
  • Garam
  • Gula

Cara-cara penyediaan: 

1. Gaulkan ayam bersama sos lea & pepperins, sos tomato dan lada sulah sehingga sekata. Kemudian, anda gorengkan ayam itu sehingga ia masak.

2. Untuk sos pula, anda campurkan sos tomato, sos tiram, satu sudu besar tepung jagung dan air nanas dalam tin. Gaulkan sehingga ia sebati.

3. Kemudian, anda tumiskan bawang putih dan cili merah yang dihiris halus sehingga naik bau. Selepas naik bau, baru anda masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.

4. Seterusnya, masukkan lada benggala yang dipotong kasar, cili merah yang dihiris kasar, bawang besar yang dipotong kasar dan juga nanas.

5. Masukkan juga sos yang telah disediakan serta tambahkan garam dan gula secukup rasa. Gaulkan semua bahan bersama. Apabila sudah masak, anda boleh hidangkan dan tambahkan hirisan daun bawang untuk hiaskan hidangan anda.

6. Dah siap hidang, ambil nasi dan makanlah bersama ayam masam manis anda! Selamat mencuba dan menjamu selera!

Video penuh:

@angahchef

Bosan asyik hidang ayam resepi yang sama? Korang wajib try menu simple masam manis yang menyelerakan ni tauu!! #fyp #kualiangah #heyyoujommasak #taikuntaste #foodie #education

♬ original sound – Angah – Angah

Sumber: TikTok Angah Chef

Baca juga: Raih Lebih 2.1 Juta View, Angah Raja Lawak Kongsi Resipi Sotong Garam Lada

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Terung Masak Sambal Berlada, Aroma Wangi Sampai Jiran Pun Boleh Bau

Nak masak dengan stail cepat siap, kenalah buat lauk dengan sayur dalam satu hidangan. Oleh…

3 hours ago

Ayam Masak Kunyit Halia, Lauk Sedap Ini Sebijik Macam Mak-Mak Masak

Biasanya nak buat masakan lauk ayam, kena goreng ayam terlebih dahulu. Namun, kami terjumpa resipi…

5 hours ago

Cara Rebus Sagu Besar Yang Jimat Gas, Confirm Jernih Dan Sebiji-Sebiji Elok!

Ramai yang telah menggunakan sagu untuk buat kuih dan pencuci mulut yang lazat di rumah.…

1 day ago

Daging Dendeng Balado Cili Hijau, Makan Dengan Nasi Panas Memang Layan!

Pelbagai resipi masakan daging yang sering dijadikan sebagai hidangan lauk di rumah. Kali ini, kami…

1 day ago

Cara Buat Pau Gebu Guna Yis Basah, Lembut Dan Gebu Kejadiannya

Terfikir nak buat pau tapi semasa nak beli yis kering di kedai, sudah habis stok…

1 day ago

Rahsia Telur Dadar Tebal Dan Gebu Molek, Wajib Letak Bahan ‘Ini’ Semasa Buat!

Kadangkala mood nak makan hidangan ringkas saja pada hari ini. Oleh itu, kami nak kongsikan…

1 day ago