Categories: Resipi

Ayam Masak Kunyit Halia, Lauk Sedap Ini Sebijik Macam Mak-Mak Masak

Biasanya nak buat masakan lauk ayam, kena goreng ayam terlebih dahulu. Namun, kami terjumpa resipi Ayam Masak Kunyit Halia yang mudah macam mak-mak masak.

Susah nak jumpa lauk seperti Ayam Masak Kunyit Halia ini di kedai kerana jarang orang membuatnya. Jika teringin, bolehlah buat sendiri di rumah pada bila-bila masa.

Habeebah Md Daud telah kongsikan resipi dengan langkah demi langkah di Facebook yang hasilnya sangat menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara ‘Defrost’ Ayam Sepantas 5 Minit, Sekejap Je Dah Boleh Guna Untuk Masak!

RESIPI AYAM MASAK KUNYIT HALIA

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (potong kecil-kecil, bersihkan)
  • 1 sudu kecil secukup rasa MAGGI
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Bawang besar (hiasan)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 senduk atau 2 sudu besar cili boh
  • Cili (hiasan)
  • 1 ibu jari halia (hiris)
  • 1 asam keping
  • ½ cawan minyak masak
  • 1½ cawan air

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, potong ½ ekor ayam ayam secara kecil-kecil dan bersihkan.

2. Selepas itu, masukkan semua bahan kecuali bahan hiasan.

3. Kemudian, masukkan air dalam 1½ cawan (bagi ayam separa tenggelam) untuk rebuskan dengan bahan-bahan.

4. Seterusnya, rebuskan ayam dalam 10 hingga 15 minit sehingga air rebusan ayam kering.

5. Setelah itu, perasakan ikut cara masing-masing jika nak tambah gula atau garam.

6. Hiris bahan hiasan dan masukkan minyak masak, tapi pastikan api masih perlahan.

7. Masak lebih kurang dalam 5 minit supaya ayam sedikit garing dan kering.

8. Akhir sekali, hiaskan dengan bawang besar dan cili yang telah dihiris tadi. Siap untuk dihidang!

Ayam Masak Kunyit Halia sangat sesuai dijadikan sebagai lauk tengah hari atau malam. Selain itu, ia juga merupakan pilihan lauk menarik untuk dibawa sebagai bekal ke tempat kerja.

Setelah siap, kami yakin anda akan puas hati menikmatinya bersama keluarga tersayang. Jika suka berkuah, boleh lebihkan air semasa memasaknya.

Selamat mencuba!

Sumber: Habeebah Md Daud

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Kunyit Basah, Hirup Kuahnya Makin Berselera

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago