ayam goreng karamel

Nak hidangan ringkas dan cepat dibuat, tak lain dan tak bukan semestinya ramai akan memilih untuk buat Ayam Goreng Karamel.

Kami yakin mesti ramai yang belum pernah makan Ayam Goreng Karamel sebelum ini kerana ia merupakan resipi paling popular di kalangan orang Indonesia.

Jika anda mengikut resipi Ayam Goreng Karamel yang dikongsikan oleh Maryam Hussain di Facebook ini, boleh dapat hasil yang cukup memuaskan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara ‘Defrost’ Ayam Sepantas 5 Minit, Sekejap Je Dah Boleh Guna Untuk Masak!

RESIPI AYAM GORENG KARAMEL

ayam goreng karamel

Bahan-bahan:

  • 10 ketul ayam
  • 3 sudu tepung beras
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 cawan air
  • 3 sudu madu
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu kecil chili flakes

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, basuh ayam sehingga bersih. Letak secubit garam dan lada hitam. Gaul bersama tepung beras. Kemudian, goreng dengan api sederhana. Ketepikan.

2. Selepas itu, letak satu cawan air bersama madu, kicap manis dan chili flakes, kemudian tunggu sehingga mendidih.

3. Apabila sudah mendidih, masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan kuah.

4. Kemudian, masukkan ayam goreng tadi. Gaul sehingga sebati dan karamel melekat pada ayam sepenuhnya. Siap untuk dihidang!

ayam goreng karamel

Tak sangka betapa mudahnya masak Ayam Goreng Karamel ini. Bukan saja bahan yang digunakan tak terlalu banyak, malah jalan kerjanya juga taklah susah sangat.

Buat anda yang suka berkuah, boleh terus angkat selepas kuah sedikit kering. Sesetengah orang lebih suka kering seperti ini kerana salutannya banyak pada ayam.

Isi ayam yang lembut dan mudah terlerai bersama salutan yang lazat membuatkan sesiapa saja yang memakannya pasti teringat-ingat sampai esok.

Hidangan ini tak begitu pedas, jadi tiada masalah untuk anda hidangkan buat kanak-kanak dan pasti mereka menyukainya. Nak cepat masak, buatlah resipi ini sebagai lauk makan tengah hari atau malam nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Maryam Hussain

Baca juga: Ayam Goreng Pandan Simple Dengan 3 Langkah, Siap Aroma Harum Semerbak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN