Ayam masak kicap

Ayam masak kicap salah satu menu yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Bukan sahaja rasanya yang sedap malah cara membuatnya juga sangat senang dan cepat untuk disediakan.

Rupanya ada rahsia nak buat ayam kicap rasa lebih sedap kaw kaw. Hanya perlu letakkan sedikit ‘perencah’ ini untuk membuatnya lebih lazat.

Nak tahu apa perencah itu? Jom baca resipi perkongsian oleh Ida Radzi di bawah beserta bahan perencah rahsia tersebut. Semoga bermanfaat!

Resipi Ayam Masak Kicap Sedap, Letak Sikit Perencah Sup

Bahan-bahan:

  • Bawang besar dihiris
  • Bawang putih ditumbuk kasar
  • Halia ditumbuk pecah je
  • Serai sebatang dititik (pilihan, letak lagi sedap)
  • 1/2 sudu kecil serbuk sup (saya suka letak sikit je untuk aroma dan rasa yang ringan)

Cara-cara:

  1. Tumis semua bahan hingga naik bau. Kemudian masukkan kicap lemak manis dan sedikit air.
  2. Bila dah menggelegak, masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu. (ayam digaul garam dan kunyit sebelum digoreng)
  3. Tak perlu letak garam sebab masa goreng ayam dan letak garam, kicap pun sudah ada masinnya. Selamat mencuba!

Kredit: Ida Radzi

Baca juga: Suka Masak Lemak Telur? Ikut Petua Ini Supaya Telur Elok Tak Pecah