resipi air soya

Resipi air soya homemade ini adalah minuman yang menyegarkan dan sihat, sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga. Tak kisah, tua mahupun muda.

Ia mudah disediakan dengan bahan-bahan yang sederhana. Hanya 3 bahan sahaja yang diperlukan untuk air soya ini.

Mari kita lihat cara penyediaannya.

Baca juga: Resepi Ayam Bakar Berempah, Mak Mentua Sampai Cakap Boleh Buat Niaga!

RESIPI AIR SOYA HOMEMADE

Bahan-bahan:

Cara-cara Penyediaan:

1. Cuci kacang soya dengan bersih dan rendam selama 4-5 jam atau sehingga kembang. Bagi yang merancang untuk memasak keesokan harinya, boleh rendam kacang soya sebelum tidur.

2. Setelah kacang soya direndam, ulangi proses mencuci beberapa kali. Buang kulit-kulit kacang yang tertanggal. Toskan kacang soya hingga kering.

3. Langkah ini sangat penting untuk memastikan kualiti air soya yang dihasilkan. Kisar kacang soya dengan air menggunakan nisbah 1 cawan kacang soya kepada 3 cawan air. Masukkan air sedikit demi sedikit semasa mengisar untuk memastikan kacang soya benar-benar lumat.

4. Setelah kacang soya dikisar, tapis menggunakan penapis kain untuk memisahkan hampas daripada air soya. Pastikan air soya yang ditapis benar-benar bersih daripada sebarang sisa kacang.

5. Tuangkan air soya yang telah ditapis ke dalam periuk dan masukkan beberapa helai daun pandan untuk menambahkan aroma. Masak dengan api sederhana sehingga air soya hampir mendidih. Pastikan api tidak terlalu besar untuk mengelakkan air soya melimpah atau hangus.

6. Sebaik sahaja air soya mula mendidih, tutup api dan angkat periuk dari dapur.

7. Masukkan gula mengikut tahap kemanisan yang diingini. Kacau sehingga gula larut sepenuhnya dalam air soya. Pastikan rasa gula seimbang dan tidak terlalu manis.

8. Untuk 250g kacang soya, anda akan dapat menghasilkan kira-kira 2 liter air soya. Simpan air soya dalam bekas yang bersih dan sejukkan sebelum dinikmati.

Nikmati air soya homemade ini sebagai minuman yang menyegarkan pada bila-bila masa. Semoga resepi ini bermanfaat dan dapat memberi kepuasan kepada anda dan keluarga!

Selamat mencuba.

Sumber: Lisa Aisha

Baca juga: Resipi Tiramisu Tak Perlu Banyak Bahan, Janji Lazat Setanding Dijual Di Kedai!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN