tong gas

Lebih 80% penduduk Malaysia memilih penggunaan gas LPG di dapur untuk kegunaan memasak. Tapi, ramai yang tak tahu tentang bahaya dan kesalahan dalam cara penyimpanan tong gas.

Pengurus Jualan Kawasan Wilayah LPG Petronas Khalil Fairy Baharim berkata, sifat asas gas LPG iaitu butane dan propane, tidak berbau, tidak berwarna serta lebih berat daripada udara dan ringan berbanding air.

Tambahnya lagi, sejenis bahan kimia khas yang bertindak balas secara positif dengan komponen LPG dimasukkan menyebabkan apabila berlaku kebocoran gas, ia mengeluarkan bau busuk agar senang dikesan jika berlaku kebocoran.

“Di rumah, kebanyakannya menggunakan hos gas plastik lut sinar yang mudah didapati namun ia tidak disyorkan kerana hos jenis itu akan mengeras dan patah jika digunakan agak lama.

“Malah ia akan mengembang dan longgar jika terdedah kepada keadaan panas, selain mudah terbakar bukan untuk diguna pakai bagi memasak menggunakan gas LPG.

“Sebaliknya disyorkan menggunakan hos getah yang mempunyai ketahanan tinggi yang biasanya diperbuat daripada getah lebih tebal dan berwarna hitam. Pastikan ia mempunyai tanda pengesahan SIRIM,” katanya lagi.

Berikut adalah panduan keselamatan lain di dapur yang disyorkan Petronas

  1. Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.
  2. Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.
  3. Bau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna ada kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.
  4. Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna ada kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
  5. Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.
  6. Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan ketika sedang memasak.
  7. Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.

Apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan:

  • Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas anda.
  • Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.
  • Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.
  • Jauhkan kedudukan langsir daripada dapur memasak.
  • Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.
  • Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa yang panjang, matikan kepala gas.
  • Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.
  • Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.

Cara Mengesan Kebocoran Gas

  • Jika anda terhidu bau gas itu bermakna terdapat kebocoran gas.
  • Sesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.
  • Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.
  • Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan alat atur gas ialah dengan menggunakan air sabun dan perhatikan jika ada buih sabun pada tempat tersebut.

Sumber: Harian Metro

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN