air kelapa longan

Air kelapa longan gula melaka adalah minuman yang menyegarkan dan lazat, khas untuk dinikmati di cuaca panas. Kombinasi antara rasa manis gula melaka, kesegaran air kelapa, longan menjadikan minuman ini pilihan yang sempurna untuk melegakan dahaga.

Baca juga: Air Butterbeer Ala Harry Potter, Resipi Bancuhan Untuk Satu Gelas

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakan air kelapa ini di rumah menerusi perkongsian @lambplay di TikTok. 

RESIPI AIR KELAPA LONGAN GULA MELAKA

Bahan-bahan:

  • 1 biji kelapa muda
  • 1 tin air longan
  • Air gula melaka – ikut sesedap rasa
  • Ais secukupnya 
  • 1 biji limau nipis – 2 hiris  untuk hiasan dan selebihnya untuh perahan jus

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan air kelapa dan longan di dalam mangkuk besar/ jug besar.

2. Ambil semua air dalam tin. Masukkan pula buahnya sekali. 

3. Masukkan air gula melaka mengikut citarasa masing-masing. Jika suka manis, masukkan lebih, jika suka kurang manis, boleh letak sedikit.

4. Campurkan jus sebiji limau nipis. Kacau rata. Bila dah sedia untuk diminum, letakkan banyak ais. kacau sebati.

5. Boleh terus minum. Hias dengan hirisan limau nipis.

Video penuh:

@lambplay

Day 11 Ramadan : Kelapa longan gula melaka Hari ni kita buat vibe-vibe pulau sikit la. Lama tak masuk pulak minum air kelapa fresh. #dapurluarpintu #30resepilegatekak #menuramadan #fyp #menubukapuasa #airbasahtekak #KongsiBersama

♬ Praise Jah In The Moonlight – YG Marley

Air ini adalah minuman yang tidak hanya menyegarkan tetapi juga memberikan rasa yang unik dan memuaskan kepada penikmatnya.

Anda boleh mengubahsuai resepi ini mengikut citarasa peribadi, seperti menambah atau mengurangkan gula melaka mengikut manis yang diinginkan. Selamat mencuba!

Baca juga: Air Limau Strawberi Berkrim, Segar Bila Lalu Dekat Tekak, Jom Cuba Buat!

Sumber: TikTok @lambplay

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN