aiskrim kacang merah

Sedapnya Aiskrim Kacang Merah ni. Kalau makan dikala musim panas, memang best dan boleh sejukkan badan.

Kalau beli di kedai, haih, sekejap je dah habis lebih-lebih lagi kalau keluarga ramai kan.

Jadi jom buat sendiri guna resipi perkongsian saudara Zaky Mat Ali. Pasti puas hati makan.

Baca juga: Cara Buat Aiskrim Cawan, Boleh Buat Untuk Jadi Side Income Atau Makan Sendiri

CARA BUAT AISKRIM KACANG MERAH

Bahan-bahan:

  • 350 gram Kacang Merah
  • 2.5 liter air masak
  • 1 cawan Gula
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 kotak Santan (kecil)
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu tepung jagung
  • 3 sudu sirap
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

1. Rendam kacang semalaman.

2. Kemudian rebus sampai empuk dan kisar kasar.

3. Didihkan air, masukkan gula.

4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau.

5. Masukkan susu pekat, santan, sirap dan garam.

6. Masukkan kacang merah dan kacau sebati.

7. Bila dah sejuk boleh masukkan dalam plastik aiskrim. Simpan dalam peti beku semalaman.

aiskrim kacang merah

8. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

aiskrim kacang merah

Kredit: Zaky Mat Ali

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN