mee goreng budak sekolah

Sedapnya nampak mee goreng budak sekolah ni. Mee ini dipanggil dipanggil dengan nama sedemikian kerana mi ini dimasak tanpa diletakkan sebarang sayur. Maklumlah, anak-anak kurang gemar makan sayur.

Cara membuatnya sangat mudah dan sesuai dijadikan sarapan mahupun sebagai bekal anak ke sekolah. Teksturnya yang basah-basah lembak, tak risau anak tercekik bila makan. Jom cuba!

CARA MASAK MEE GORENG BUDAK SEKOLAH

mee goreng budak sekolah

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 5 tangkai cili kering (kisar)
  • Isi ayam/daging/sotong/udang
  • 2 sdb sos tiram
  • 5 sdb sos cili
  • ¼ cawan kicap manis
  • Air ½ cawan
  • 1 bungkus mee kuning

Cara-cara:

1. Mula-mula gorengkan telur hancur. Bila dah masak, angkat dan letak tepi.

2. Dalam kuali yang sama,  tumiskan 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 5 tangkai cili kering. Tumis sampai garing tau. Kalau suka pedas boleh tambah lagi cili tu. Ini kan untuk budak sekolah, mana boleh pedas sangat.

3. Bila bahan kisar kita dah garing, masukkan lauk yang ada. Masukkan pula daging dan ayam. Kalau nak bubuh sotong ke udang ke pun boleh.

4. Bila ayam fan daging dah masak, masukkan 2 sdb sos tiram, 5 sdb sos cili dan ¼ cawan kicap manis pilihan hati. Kacau-kacaukan biar dia mesra.

5. Masukkan air ½ cawan, biar kan merenih kejap.

6. Masukkan sebungkus Mee kuning.

7. Bila mee dah sebati, masukkan telur goreng hancur tadi. Gaulkan sehingga rata.

mee goreng budak sekolah

Siap, selamat mencuba!

mee goreng budak sekolah

Kredit: Umi Watie

Baca juga: Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Rendam Dengan ‘1 Bahan’ Ini Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN