Bagi peminat novel dan filem bersiri Harry Potter, tentunya kenal dengan minuman popular ini iaitu air Butterbeer. Terdapat banyak jenis butterbeer, antaranya butterbeer fudge, butterbeer ice cream dan minuman butterbeer homemade, yang disajikan panas, sejuk dan ais.
Dan paling popular ialah versi sejuk – minuman manis terdiri daripada soda dan mempunyai rasa karamel dan butterscotch yang membuatkan ramai ketagih. Untuk resipi air hari ini, minuman ini menggunakan bahan yang halal tau. Jadi, jangan risau!
Baca juga: Senarai Kedai Kopi Lokal Yang Setanding Dengan Jenama Kopi Antarabangsa
Sejak minuman itu diperkenalkan, ramai orang telah bereksperimen untuk membuat resipi sendiri. Walaupun Universal Studios kedekut nak kongsi resipi, tapi versi yang satu ini hampir sama dengan rasa asli. Mari ikuti resipi minuman ini dari perkongsian Sweet Tea and Sprinkles ini.
RESIPI AIR BUTTERBEER ALA HARRY POTTER
Waktu penyediaan: 10 minit
Bahan-bahan:
- 1 cawan heavy cream
- 3 sudu besar gula aising
- 2 liter aiskrim soda – sejuk
- 5 sudu besar topping Butterscotch
- 2 sudu besar ekstrak butter
- 1/3 cawan topping Butterscotch
Cara-cara bancuhan:
1. Pukul heavy cream dan gula aising bersama sehingga terbentuk puncak lembut, kemudian terus pukul sehingga anda mendapat tekstur yang gebu seperti dalam gambar. Ketepikan krim yang dipukul ini.
2. Pastikan aiskrim soda betul-betul sejuk sebelum memulakan. Tuangkan kira-kira 1 cawan ke dalam bekas pengadun besar atau mangkuk pukul.
3. Masukkan pula 5 sudu besar topping Butterscotch dan 2 sudu besar ekstrak mentega. Kacau hingga sebati.
4. Setelah semua bahan ini sudah sebati, masukkan baki aiskrim soda yang ada sedikit demi sedikit.
5. Cedokkan krim yang dipukul di atas dengan senduk saiz besar kemudian letak topping Butterscotch di atasnya.
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Nota tambahan:
- Kalau nak buat dalam kuantiti satu jug, anda boleh menggandakan resipi adunan ini.
- Bagi penggemar Butterscotch, anda boleh buat tambah topping dengan whisk 1/4 cawan topping Butterscotch dan gula aising (ini akan akan menjadikannya lebih manis).
- Kalau tak ada topping Butterscotch, boleh gantikan dengan topping karamel.
Selamat mencuba. Expecto patronum!
Sumber: Sweet Tea and Sprinkles
Baca juga: Resipi Oren Sunquick Ala Vitagen Guna 2 Bahan, Sekali Minum Mesti Ketagih!