Agar-agar santan pandan merupakan pencuci mulut klasik yang sangat sedap. Wangi pandan serta lemak santan membuatkan agar-agar ini sangat sedap.
Kadang-kala, penggunaan 100% daun pandan asli dalam penyediaan agar-agar sering kali menghasilkan lapisan berwarna jernih pada bahagian yang tidak ‘berlumut’.
Namun, ada kaedah untuk mendapatkan warna hijau pada bahagian tersebut tanpa perlu menambah pewarna makanan. Resipi ini juga akan menghasilkan kesan ‘lumut’ yang halus seperti dalam gambar berbanding kesan ‘lumut’ yang kasar.
Jom baca perkongsian resipi oleh wanita ini menerusi laman sosial Facebook.
Baca lagi: Tauhu Terbalik Mudah Dengan 5 Langkah, Idea Menarik Untuk Kunyah-Kunyah Di Rumah!
RESIPI AGAR-AGAR SANTAN
Bahan-Bahan:
- 250 ml air + 11 helai daun pandan
- 10 g serbuk agar-agar
- 100-150 g gula pasir
- ¼ sdt garam
- 500 ml air
- 250 ml santan
- 1 biji telur
Cara Penyediaan:
1. Kisar air dan daun pandan, tapis untuk ambil jus.
2. Masak serbuk agar-agar, gula, garam, dan air hingga larut.
3. Masukkan santan dan telur, kacau hingga mendidih.
4. Tambah jus pandan, masak hingga mendidih seketika.
5. Tuang ke dalam acuan, sejukkan, dan biar keras sebelum hidang.
Cantikkan warna agar-agar ini? Jangan lupa untuk cuba!
Nota:
- Kacau untuk kesan ‘lumut’ yang halus.
- Gunakan periuk besar untuk elak melimpah.
Sumber: Noor Ashikin Saerah
Baca lagi: Resipi Ikan Bawang Goreng, Menu Biasa Tapi Makan Sampai Lupa Diet!