Adakah peminat kuih agar-agar di sini? Mari ikuti resipi agar-agar pandan gula Melaka ini. Pasti sedap! Sesuai sebagai pencuci mulut selepas makan.
Menyajikan agar-agar ini dalam keadaan sejuk memang nikmat. Satu potongan mungkin tidak mencukupi untuk dimakan nanti.
Baca juga: Puding Koktel Sos Kastard Dalam Acuan Lompang, Comel-Comel Kejadiannya!
Resipi agar-agar pandan gula Melaka ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, iaitu Cik Puan Qasih Jue Aisya. Sesuai untuk dihidangkan semasa majlis. Tetamu boleh menjadikannya sebagai pencuci mulut yang lazat.
RESIPI AGAR-AGAR PANDAN GULA MELAKA
Bahan bahagian atas:
- 400g air
- 250g air pandan
- 300g santan (guna santan kara)
- 10g agar-agar tali
- 220g gula
- 2 biji telur (pukul sekejap)
- 1 sdk garam
- Sedikit pewarna hijau
Bahan bahagian bawah:
- 400g air
- 150g gula merah
- 60g santan (santan kara)
- ½ sdk garam
- 6g agar-agar tali
Cara membuat bahagian atas:
1. Masak agar-agar tali dengan air sampai agar-agar hancur.
2. Kemudian, masukkan gula, air pandan, santan, telur, garam dan sedikit pewarna hijau baru cantik.
3. Masak sampai megelegak, biar dalam 4 ke 5 minit sampai pecah antara air dan santannya.
4. Tapis dan ambil warna hijau santan saja, tuang kedalam loyang dan sejukkan seketika.
Cara membuat bahagian bawah:
1. Masak agar-agar tali dengan air sampai agar-agar hancur.
2. Masukkan gula merah bila dah larut, masukkan santan dan sedikit garam. Kacau dan biar menidih, kemudian tapis.
3. Lorekkan sedikit permukaan atas bahagian hijau dengan sudu garfu, supaya melekat elok antara bahagian atas dan bawah.
4. Tuang agar-agar gula merah dan biarkan sejuk. Ok dah siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Qasih Jue Aisya
Baca juga: Puding Pandan Thai (Kanom Piak Poon), Sedap Rasa Berlemak Manis!