resipi kek coklat moist

Jom cuba resipi kek coklat moist yang gebu ini. Rasa kek ini juga kurang manis, sesuai untuk orang yang bukan penggemar manis. Bila makan banyak pun tak akan rasa muak.

Kalau buat sendiri memang puas hati. Sekali buat boleh dapat berbekas-bekas, jom cuba! Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Ummydarwisha Mansor di bawah.

Baca juga: Cara Buat Kek Milo 3 Bahan, Tak Guna Tepung Tapi Tetap Gebu & Lembut!

Resipi Kek Coklat Moist

resipi kek coklat moist

Bahan A:

  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • Setengah cawan susu pekat

Campurkan semua bahan A. Masak atas api kecil sehingga larut.

Bahan B:

  • Secawan tepung gandum
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 sk baking powder

Satukan semua bahan B dan ayakkan.

Bahan C:

  • 3 biji telur
  • 1 sk esen vanilla

Masukkan bahan C dalam blender. Kisar sampai putih.

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B. Kemudian masukkan bahan C. Kacau guna whisk sahaja sehingga sebati dan tiada ketulan tepung.
  2. Masukkan adunan ke dalam bekas kecil seperti dalam gambar atau bekas pilihan masing-masing.
  3. Sebelum kukus, panaskan pengukus terlebih dahulu.
  4. Kukus selama 15 minit.

resipi kek coklat moist

Bahan-bahan topping coklat:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan susu pekat
  • Setengah cawan susu cair

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan. Masak menggunakan kaedah double boiler. Suamkan dahulu topping coklat sebelum dituangkan ke atas kek.
  2. Hiaskan dengan coklat rice untuk hiasan.

resipi kek coklat moist

Selamat mencuba!

Kredit: Ummydarwisha Mansor

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN