resepi sambal kicap

Resepi sambal kicap perkongsian oleh seorang pengguna Facebook bernama Cik Puan Zee ini sangat pekat dan power! Barulah lebih sedap jika mahu dimakan bersama mi sup, bihun sup, tempe goreng, tauhu goreng dan pisang goreng.

Menurut beliau, sambal kicap ini merupakan resipi rahsia ibunya. Disebabkan oleh kesedapannya, ramai yang meminta resipi selepas mencuba sambal kicap tersebut.

Kalau ada yang sudah lama mahu belajar cara membuatnya, boleh ikuti resipi penuh di bawah. Bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaanya sangatlah ringkas.

Baca juga: Petua Buat Sambal Belacan Sedap & Tak Pahit, Ikut Cara Mudah Ini

RESEPI SAMBAL KICAP PEKAT

Bahan-bahan:

  •  50 biji cili padi
  • 10 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar gula
  • Kicap (kuantiti mengikut warna hitam yang dimahukan)
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk cukup rasa
  • Air masak (kuantiti bergantung pada kepekatan yang dimahukan)

Cara memasak:

1. Kisar semua bahan sehingga halus. Kalau guna kicap manis, tambahkan secubit garam. Jika guna kicap masin, tak perlu tambah garam.

2. Rahsia sambal kicap yang lebih padu adalah dengan tambahkan sos cili ke dalam sambal.

3. Kalau nak sambal yang pekat, jangan letak air terlalu banyak. Nanti sambal kicap cair pula.

4. Sesuaikan rasa pedas mengikut selera masing-masing. Jika terlalu pedas, tambahkan sedikit gula.

5. Letak sambal dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan sampai berbulan-bulan. Selamat mencuba!

resepi sambal kicap

Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Zee via Masak Apa Hari Ni

Baca juga: Cara Buat Pes Sambal Belacan Serba Guna, Boleh Masak Macam-Macam Menu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN