air laici aiskrim soda

Selalu buat air laici saja, apa kata kita tambah sedikit bahan dan jadikan ia air Laici Aiskrim Soda pula untuk minuman berbuka puasa. 

Rasanya yang menyegarkan memang sesuai untuk dijadikan penyejuk tekak setelah seharian menahan dahaga dan lapar. Yang uniknya, air ini juga menggunakan hirisan lemon dan asam boi sebagai salah satu bahan untuk air ini.

Baca juga: Air Laici Kang Cara Mudah Ini Dapat Lebih 2.8K Shares, Cukup Rasa Segar Dan Manisnya

Apabila ke bazar Ramadan, salah satu minuman yang sering dicari adalah Air Soda Laici. Minuman penyegar ini sangat popular di kalangan pengunjung. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ramai orang menjual air ini versi balang. 

Bagi sesetengah individu yang enggan untuk bersesak di bazar Ramadan, mereka memilih untuk membuatnya sendiri di rumah. Anda boleh mengikuti resipi yang dikongsi oleh Puan Liza Idris ini.

RESIPI AIR LAICI AISKRIM SODA

air laici aiskrim soda

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Satukan asam boi, serai, lemon dan daun pudina dalam mangkuk.

2. Masuk air soda. Nak letak separuh dulu pun boleh.

3. Campur dengan 1 tin laici.

4. Letak ketul ais. Kacau dan siap!

air laici aiskrim soda

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Liza Idris

Baca juga: Brazilian Lemonade, Guna 4 Bahan Je, Memang Segar Tekak Ikut Resipi Viral Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN