ayam rebus

Kalau dah bosan asyik masak ayam goreng atau sup ayam, kali ini apa kata jom cuba masak resepi ayam rebus dengan sos Thai ini pula.

Rasanya yang masam dan manis pasti dapat menaikkan selera anda! Sepinggan nasi putih confirm tak cukup. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Telur Rebus Air Asam, Menu Simple Sangat Tapi Gerenti Makan Bertambah!

RESEPI AYAM REBUS THAI

Bahan rebus ayam:

  • 1 kg ayam whole leg @ 3ketul saiz besar
  • 3 inci lengkuas
  • 3 batang akar ketumbar
  • 3 batang serai – ketuk
  • 3-5 helai daun limau purut
  • 5 biji bawang putih
  • 1 sudu besar lada putih biji
  • 1 cawan sos ikan
  • 1/2 cawan gula kabung
  • 6 cawan air

Cara-cara:

1. Rebus ayam sehingga masak. Bila dah masak, keluarkan dari periuk dan toskan. Jangan buang air rebusan.

2. Sejukkan dan buang tulang ayam, potong kecik-kecil. Sedia dihidang bersama air rebusan ayam dan sos thai.

Bahan sos thai:

  • 1/2 cawan cili padi
  • 1/4 cawan bawang putih
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1 sudu makan taucu
  • 1 sudu besar gula kabung
  • 1/4 cawan jus limau nipis
  • 2 senduk air rebusan ayam

Cara-cara:

1. Tumbuk cili padi, bawang putih, garam, daun ketumbar dan taucu.

2. Kemudian, masukkan gula kabung, jus limau nipis dan air rebusan ayam.

3. Kacau sebati dan curah ke atas ayam yang sudah direbus tadi.

ayam rebus

Kredit resipi dan gambar: Nurha Muhammad

Baca juga: Resipi Asam Pedas Rebus, Makan Nasi Dengan Kuah Banjir Memang Padu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN