resepi bihun goreng

Pasti ramai yang tak pernah dengar resepi bihun goreng pink kan? Bihun goreng ini biasanya hanya ada dijual di Kelantan.

Bahan yang digunakan juga tidak banyak mana dan senang didapati. Cara penyediaannya juga cukup mudah.

Pada yang ingin mencuba, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Iza Fariza Mohamed di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Bihun Goreng Siam, Nak Sedap Wajib Letak 2 Bahan Ini

RESEPI BIHUN GORENG PINK LEGEND

Bahan-bahan:

Bahan tumis:

  • 1/2 labu bawang putih dicincang
  • Udang kering – tumbuk kasar
  • Sedikit sos labu
  • Cili api – potong kasar
  • Garam
  • Gula
  • Ajinamoto

Cara-cara:

1. Rendam bihun dengan pewarna pink rose. Kemudian celur supaya lembut, tapiskan bihun dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih, udang kering dan cili api sehingga naik bau.

3. Kemudian masukkan 2 sudu besar sos labu, garam, gula dan ajinamoto. Kacau sekejap.

4. Kemudian masukkan bihun tadi beserta kangkung yang sudah dicelur. Gaul sehingga sebati.

5. Boleh renjis sedikit minyak bijan jika suka.

6. Jangan masak bihun terlalu lama kerana bihun sudah dicelur dengan air panas.

8. Kalau guna sos labu saja, tak cukup pink. Perlu guna pewarna pink juga.

resepi bihun goreng

Kredit resipi dan gambar: Iza Fariza Mohamed

Baca juga: Resipi Suun Goreng Ala Thai, Orang Kata Makan Ini Lagi Sedap Dari Bihun!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN