resepi suun goreng

Jarang tengok orang buat suun goreng ni kan? Mudah saja resepi suun goreng ni kalau ada yang cuba. Sekali sekala tukar selera menggantikan bihun dengan suun tidak ada salahnya.

Siapa yang sering ke kedai masakan Cina atau Thailand pasti tahu menu suun goreng ini. Memang sedap! Jom lihat cara membuatnya di bawah.

Baca juga: Jom Buat Stok Sambal Penyet Untuk Ramadan, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap

Resepi Suun Goreng Ala Thai

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Rendam suun sekejap. Bila dah nampak lembut, angkat dan toskan.

resepi suun goreng

2. Tumis bawang putih dan bawang merah yang sudah dihiris sehingga naik bau.

3. Kemudian, masukkan udang dan sotong. Gaul mesra.

4. Pecahkan telur. Kacau sehingga menjadi telur hancur. 

5. Kemudian, masukkan carrot, pak choy, sos tiram, sos ikan dan kicap manis.

6. Masukkan juga cili padi yang sudah ditumbuk.

7. Tutupkan api seketika supaya bahan tidak kering. Masukkan suhun yang sudah direndam serta daun sawi. Gaul sehingga bercampur rata.

8. Bila dah bercampur rata, barulah buka semula api. Sambung lagi gaul sehingga benar-benar sebati.

resepi suun goreng

Selamat mencuba!

resepi suun goreng

Kredit: Ariff Budiman Zainal Abidin

Baca juga: Garlic Green Beans, Resipi Viral Dari US Dan China, Sedap Macam Style Restoran Cina!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN