resepi khanom pheak phun

Resepi khanom pheak phun ini semakin terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia sejenis manisan dari Thailand yang sangat sedap. Rasanya juga boleh dikatakan sama seperti kaswi pandan.

Menurut perkongsian oleh empunya resipi, Farida Eida, proses penyediaan kuih ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Lebih – lebih lagi jika ingin jadikan kuih ini cantik dan berkilat, kita kena kacau lama-lama di atas dapur.

Kuih ini juga sesuai dimakan bersama santan, nak makan dengan kelapa parut pun boleh. Ikut suka atas selera masing-masing.

Baca juga: Resipi Dessert Thai ‘Ruam Mitr’, Kenyal-Kenyal Macam Boba!

RESEPI KHANOM PHEAK PHUN

resepi khanom pheak phun

Bahan-bahan:

  • 280gm tepung beras
  • 108gm tepung ubi
  • 200gm gula somtam
  • 200gm gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 500ml air kapur
  • 1 liter air daun pandan

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan. Kacau-kacau bagi gula semua hancur.

2. Bila dah hancur semua, tapiskan. Masukkan dalam periuk, buka api.

3. Kacau sampai masak. Pastikan guna api perlahan ye. Saya kacau selama 1 jam 30 minit. Kacau sampai jadi berkilat.

4. Nak tekan guna acuan macam acuan kuih tart boleh atau nak potong macam bentuk kuih talam pun boleh.

5. Kuih ini boleh dimakan dengan kepala santan atau kelapa parut pun boleh. Ikut suka atas selera masing-masing.

resepi khanom pheak phun

Tips:

  • Kuih akan nampak berkilat secara semula jadi.Tak perlu sapu minyak pun. Tapi dengan syarat, kacau bagi lama sebab tu guna gula somtam. Dia macam kaswi juga, tapi yang ni berbeza.
  • Kalau nak guna acuan, buat ketika adunan masih panas atau suam supaya senang nak tekan.

Kredit resipi: Farida Eida

Baca juga: Kuih Kaswi Gula Merah, Kuih ‘Lejen’ Yang Tak Jemu Dimakan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN