kuih kaswi

Kuih muih tradisional Melayu memang sedap. Kena pula yang lembut dan cukup lemak manisnya, lagilah tak puas makan. Bagi penggemar sajian Kuih Kaswi, boleh cuba resipi perkongsian saudari Cyda Nasir ini.

Menurut beliau, hasilnya memang lembut dan tak liat. Nampak sedap kan? Jom lihat bahan-bahan yang digunakan dan cara-cara penyediaannya. Semoga bermanfaat.

Baca juga: Sedapnya Puding Laici 1 Layer, Resipi Dulu-Dulu Imbau Zaman 90an

Cara Buat Kuih Kaswi Lembut Bergedik

kuih kaswi

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 ½ cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula castor
  • 5 cawan air pandan
  • 1 sudu kecil air kapur
  • Sedikit garam
  • Kelapa parut + sedikit garam (kukus 10 minit)

Cara-cara:

  1. Panaskan air dalam kukusan. Kemudian dalam bekas lain, masak gula dan air pandan sehingga gula hancur.
  2. Kemudian dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, tepung ubi dan sedikit garam.
  3. Bila air pandan tadi dah suam, masukkan ke dalam bekas tepung dan bancuh hingga sebati. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
  4. Masukkan bancuhan kuih ke dalam loyang saiz 8 inc. Kukus kuih selama 30minit atau sehingga masak.
  5. Setelah kuih masak, biarkan sejukkan dan boleh potong.
  6. Gaul dengan kelapa dan sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba!

Kredit: Cyda Nasir

Baca juga: Cara Buat Apam Puri Inti Kastard Jagung Guna Acuan Karipap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN