resepi sup kosong

Jika anda seorang yang tidak boleh makan nasi tanpa sebarang kuah, boleh cuba resepi sup kosong ini. Sekadar sup kosong tanpa sebarang isi.

Bila nak buat sup ayam atau daging tapi tak cukup bahan, buat je sup macam ni. Asalkan ada menu berkuah untuk dihidangkan bersama lauk lain.

Sesuai juga dihidangkan bersama nasi goreng, nasi ayam penyet ataupun nasi bujang. Jom cuba resipi mudah ini di bawah.

Baca juga: Resipi Nasi Bujang Mudah & Sedap, Simple Tapi Menggamit Memori

Resepi Sup Kosong

Bahan-bahan:

  • 4 hingga 5 cawan air
  • 2 sudu besar stok ayam/kiub ayam
  • 1 sudu pes sup tulang
  • 2 ulas bawang putih – diketuk
  • Lada sulah
  • Garam
  • Secukup rasa
  • Bawang goreng
  • Daun sup

Cara-cara:

1. Tuangkan 4 atau 5 cawan air dalam periuk. Kemudian masukkan stok ayam atau kiub ayam serta 1 sudu pes sup tulang.

2. Masukkan juga 2 ulas bawang putih yang sudah diketuk.

3. Seterusnya masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.

4. Kemudian biarkan kuah mendidih dan boleh ditaburkan bawang goreng serta daun sup.

5. Sesuai dihidangakan bersama nasi goreng, nasi ayam penyet atau nasi bujang. Selamat mencuba!

Lihat video penuh:

@enyabdullah83

Resepi Sup Kosong boleh makan dengan nasi goreng, nasi ayam penyet, atau nasi bujang! #supkosong #resepitiktok #fypシ #fyp #resepisup

♬ zapin melayu – αLαɳ tMg

Kredit resipi: TikTok enyabdullah83

Baca juga: Resipi Nasi Bujang Mudah & Sedap, Simple Tapi Menggamit Memori

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN