Ada pisang masak di rumah? Jangan biarkan sampai terlebih masak, apa kata cuba resepi kek pisang gebu yang mudah ini. Tak perlu menggunakan mixer, cukup dengan blender untuk mengisar bahan-bahan utama sebelum dicampurkan dengan pisang dan tepung.

Perkongsian Atier Syah di Facebook ini menggunakan bahan-bahan ringkas yang mudah didapati di dapur. Paling sedap, nikmati kek pisang yang baru dibakar bersama secawan teh O panas untuk hidangan minum petang seisi keluarga.

Baca juga: Kek Span Coklat Gebu Guna Spongemix, Ini Resipi Mudah Untuk Loyang 7 Dan 9 Inci!

RESEPI KEK PISANG GEBU GUNA BLENDER, MUDAH SANGAT NAK BUAT

resepi kek pisang gebu

Resipi ini menggunakan pisang berangan sebagai bahan utama, bersama telur, gula kastor dan minyak masak untuk menghasilkan adunan kek. Cara penyediaannya juga mudah diikuti, sesuai untuk sesiapa yang mahu mencuba membuat kek pisang sendiri di rumah.

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur gred B
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 biji pisang berangan, dilecek
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Nota: Ayak tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat terlebih dahulu sebelum digunakan.

Cara-cara Penyediaan:

1. Kisar bahan menggunakan blender

Masukkan telur, gula kastor, minyak masak dan esen vanila ke dalam blender. Kisar selama kira-kira tiga minit sehingga semua bahan sebati.

2. Masukkan pisang yang telah dilecek

Tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk besar. Kemudian, masukkan pisang berangan yang telah dilecek dan gaul sebati menggunakan spatula.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit

Tambahkan campuran tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat yang telah diayak. Masukkan sedikit demi sedikit sambil menggaul menggunakan spatula sehingga semua bahan bercampur rata.

Elakkan menggaul terlalu lama selepas tepung dimasukkan supaya tekstur kek tidak menjadi padat.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang

Lengserkan loyang dengan marjerin supaya kek mudah dikeluarkan selepas dibakar. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan permukaannya.

5. Bakar sehingga kek masak

Panaskan ketuhar terlebih dahulu, kemudian bakar adunan pada suhu 170°C selama 45 hingga 60 minit. Tempoh membakar bergantung pada saiz loyang dan jenis ketuhar yang digunakan.

Untuk memastikan kek sudah masak, cucuk bahagian tengahnya menggunakan lidi. Jika lidi keluar bersih tanpa adunan basah, kek sudah sedia untuk dikeluarkan.

Biarkan kek sejuk seketika sebelum dipotong supaya hirisannya lebih kemas.

Resipi ini boleh dijadikan pilihan apabila ada pisang masak yang belum digunakan di dapur. Dengan bahan yang mudah dan langkah penyediaan yang ringkas, bolehlah cuba membuatnya sendiri di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Atier Syah

Baca juga: Kek Pisang Coklat Moist Ini Memang Wajib Cuba! Hasilnya Lembut, Lembab & Kaya Rasa Coklat

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending