
Roti tanpa tepung gandum semakin menjadi pilihan ramai yang mahu menyediakan hidangan sendiri di rumah menggunakan bahan yang lebih ringkas. Bukan sahaja mudah dibuat, malah roti ini juga sesuai dijadikan sandwich untuk sarapan atau menu ringan pada bila-bila masa.
Menerusi perkongsian oleh Fyra OrkedCantik di Facebook, beliau berkongsi resipi roti homemade yang hanya menggunakan empat bahan utama. Menariknya, roti ini juga tidak menggunakan gula tambahan dan menjadi antara menu kegemarannya kerana lebih mudah mengawal bahan yang digunakan.
Baca juga: Keropok Lekor Sedap Guna Lebihan Nasi, Campur Ikan Bilis Memang Menjadi!
RESIPI ROTI TANPA TEPUNG GANDUM

Bahan-bahan:
- 5 biji telur
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- ½ cawan minyak masak
- 2½ cawan almond kisar
Cara-cara Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
2. Kisar sehingga adunan menjadi halus dan sebati.
3. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disediakan.
4. Bakar pada suhu 200°C selama 45 hingga 60 minit, bergantung kepada ketuhar masing-masing.
5. Setelah masak, keluarkan dan biarkan roti sejuk sepenuhnya.
6. Potong mengikut ketebalan yang dikehendaki seperti kepingan roti biasa.
7. Sedia dijadikan sandwich dengan inti kegemaran.
Tips
- Gunakan almond yang dikisar halus supaya tekstur roti lebih lembut.
- Pastikan telur berada pada suhu bilik sebelum dikisar agar adunan lebih sekata.
- Lakukan ujian lidi selepas 45 minit. Jika masih melekat, sambung bakar beberapa minit lagi sehingga masak sepenuhnya.
- Biarkan roti benar-benar sejuk sebelum dipotong supaya tidak mudah hancur.
- Simpan lebihan roti di dalam bekas kedap udara atau peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya.
- Roti ini sesuai dipadankan dengan ayam, telur, tuna, sayur-sayuran atau inti sandwich kegemaran anda.
Ramai yang menyangka semua jenis roti perlu dielakkan apabila ingin menjaga pemakanan. Namun perkongsian ini membuktikan bahawa menyediakan roti sendiri membolehkan kita mengetahui setiap bahan yang digunakan, sekali gus memberi lebih keyakinan ketika menikmatinya.
Walaupun roti tanpa tepung gandum ini menjadi pilihan ramai, keperluan pemakanan setiap individu adalah berbeza. Pilihlah menu yang bersesuaian dengan gaya hidup dan keperluan diri supaya dapat menikmati makanan secara lebih seimbang.
Selamat mencuba!
Sumber: Fyra OrkedCantik
Baca juga: Homemade Nuggets Ayam Ini Tak Perlu Acuan, Buat Bentuk Kecil Macam Ini Anak Terus Suka!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














