Resepi sayur tauge kicap cair ini sesuai untuk mereka yang mencari menu sayur ringkas dan mudah disediakan di rumah. Dengan hanya lima bahan utama, hidangan ini boleh disiapkan dalam masa yang singkat tanpa perlu menggunakan banyak bahan.

Gabungan tauge, telur, bawang putih dan kucai memberikan rasa yang menyelerakan. Tambahan sedikit kicap cair pula membantu menaikkan rasa hidangan tanpa perlu menggunakan pelbagai jenis perasa.

Kalau sedang mencari idea lauk sayur untuk makan tengah hari atau malam, resipi ini boleh dicuba. Paling penting, tauge dimasak sekejap sahaja supaya teksturnya kekal rangup dan tidak terlalu lembik.

Baca juga: Kerabu Kerang Pucuk Paku Taugeh ‘Legend’! Resipi Kampung Ringkas, Tapi Rasa Luar Biasa

RESEPI SAYUR TAUGE KICAP CAIR

resepi sayur tauge

Bahan-bahan:

  • Minyak masak secukupnya
  • 1 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • Tauge secukupnya
  • Daun kucai secukupnya
  • 1/2 sudu kicap cair

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali.
  2. Pecahkan telur dan goreng sehingga masak.
  3. Ketepikan telur di tepi kuali, kemudian masukkan bawang putih yang telah diketuk. Tumis sehingga naik bau.
  4. Tuangkan kicap cair dan masukkan tauge. Gaul rata dan masak selama kira-kira 10 saat.
  5. Tutup api, kemudian taburkan kucai. Gaul sebentar sebelum dihidangkan.

Siap! Resipi sayur tauge kicap cair ini boleh dinikmati bersama nasi putih panas dan lauk pilihan keluarga.

Sumber: Nur Ain

Baca juga: Cara Cepat Bersihkan Tauge Supaya Putih Bersih, Tak Payah Kutip Satu-Satu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending