Kuih kaswi gula melaka merupakan antara kuih tradisional yang digemari kerana rasanya yang manis dan teksturnya yang kenyal. Kuih ini sesuai dinikmati ketika minum petang atau dijadikan hidangan untuk tetamu.
Keistimewaan kaswi gula melaka terletak pada teksturnya yang lembut dan warnanya yang perang. Aroma gula Melaka turut memberikan rasa yang tersendiri, menjadikan kuih ini pilihan yang sesuai untuk penggemar kuih tradisional.
Lebih menyelerakan apabila kuih kaswi gula melaka dinikmati bersama kelapa parut putih yang dicampur sedikit garam. Gabungan rasa manis dan lemak masin ini menjadikan setiap gigitan lebih enak. Resipinya juga sesuai dicuba sendiri di rumah untuk menghasilkan kuih yang boleh dinikmati bersama keluarga.
Baca juga: Kaswi Pandan Gedik Yang ‘Goyang-Goyang’, Kenyal Lembut Dan Wangi Sampai Terliur
CARA BUAT KASWI GULA MELAKA

Bahan-bahan:
Bahan air gula:
- 3 ketul gula melaka
- ½ cawan gula
- 1 helai daun pandan
- 2 cawan air
Bahan adunan:
- 2 cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung ubi kayu
- ½ sudu kecil garam
- 2 cawan air
- 2 sudu besar air kapur makanan
- 1 sudu besar kicap pekat
- Air gula yang dimasak
Bahan kelapa parut:
- Kelapa parut putih secukupnya
- Garam secukup rasa
- 1 helai daun pandan
Cara Penyediaan:
- Masukkan gula melaka, gula, daun pandan dan air ke dalam periuk. Masak sehingga gula larut sepenuhnya.
- Campurkan tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam ke dalam mangkuk.
- Masukkan air, air kapur makanan, kicap pekat dan air gula yang telah dimasak.
- Kacau menggunakan whisk sehingga adunan sebati dan tidak berketul.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 × 8 inci.
- Kukus selama 45 hingga 50 minit atau sehingga kuih masak.
- Untuk kelapa parut, gaulkan kelapa putih dengan sedikit garam dan daun pandan.
- Kukus kelapa parut selama 3 hingga 4 minit.
- Setelah kuih masak dan sejuk, potong mengikut saiz yang diingini. Gaulkan dengan kelapa parut sebelum dihidangkan.
Sumber: Threads @sudipdkitchen
Baca juga: Pertama Kali Cuba Resipi Kaswi Coffee Yang Unik, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

