Ikan bilis kicap pedas antara lauk ringkas yang sesuai disediakan apabila mahu berjimat pada hujung bulan. Walaupun menggunakan bahan yang mudah didapati di dapur, gabungan rasa pedas, manis dan masin membuatkan lauk ini cukup menyelerakan apabila dimakan bersama nasi panas.
Rahsia keenakannya terletak pada ikan bilis yang digoreng garing, kemudian digaul dengan tumisan cili padi dan bawang bersama bahan-bahan lain. Penggunaan cili padi pula memberikan rasa pedas yang boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing.
Ikan bilis hanya perlu dimasukkan selepas tumisan agak sejuk supaya kerangupannya lebih terjaga. Kalau sedang mencari idea lauk yang mudah, tidak memerlukan banyak bahan dan sesuai untuk hidangan seisi keluarga, resipi ikan bilis kicap pedas ini boleh dicuba!
Baca juga: Cara Goreng Ikan Tongkol Supaya Tak Keras, Hasilnya Luar Garing & Dalam Juicy!
RESIPI IKAN BILIS KICAP PEDAS

Bahan-bahan:
- Ikan bilis secukupnya
- Cili padi secukupnya
- Cili merah besar secukupnya
- Bawang besar secukupnya
- Kicap secukupnya
- 1–2 sudu gula
- 1–2 sudu sos tiram
- Minyak masak secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Simpan minyak gorengan untuk menumis bahan-bahan lain.
- Tumbuk kasar cili padi, cili merah besar dan bawang besar.
- Panaskan minyak bekas gorengan ikan bilis, kemudian tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, kicap dan gula. Gaul rata dan masak sehingga tumisan sebati.
- Seterusnya, masukkan cili padi dan bawang besar yang dihiris nipis. Gaul sebentar sehingga bahan-bahan tersebut agak masak.
- Tutup api dan biarkan tumisan sejuk seketika.
- Apabila tumisan sudah agak sejuk, masukkan ikan bilis goreng dan gaul sehingga semua bahan bersalut rata.
- Siap! Ikan bilis kicap pedas sedia dihidangkan bersama nasi putih panas.
Sumber: Ku Asmidar
Baca juga: Cara Buat Sambal Cili Padi Ikan Cencaru, Rupanya Letak Cuka Buat Rasa Lagi Menyengat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

