Apam goreng antara pilihan sarapan yang mudah dibuat di rumah. Teksturnya yang lembut dan berongga memang sesuai dimakan begitu sahaja atau bersama kelapa parut.
Untuk menghasilkan apam yang elok, adunan perlu diperap terlebih dahulu sehingga berbuih. Proses ini membantu menghasilkan tekstur apam yang lebih ringan dan berongga apabila dimasak.
Resipi ini juga tidak memerlukan banyak bahan atau teknik yang rumit. Cuma pastikan apam dimasak menggunakan api yang sangat kecil supaya bahagian dalam masak dengan rata tanpa cepat hangus di luar.
Baca juga: Resipi Lempeng Sagu Sarawak Yang Rangup Di Luar, Sedap Dicicah Gula Atau Sambal
RESEPI APAM GORENG SEDAP, LEMBUT, BERONGGA & MUDAH DIBUAT

Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
- 1 1/2 cawan air suam
- 1 biji telur
- 4 sudu besar gula
- 1 sudu kecil yis segera
- 1/2 sudu kecil garam
Bahan taburan:
- Kelapa parut
- 1 sudu kecil garam
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan tepung gandum, tepung beras, yis segera, gula, garam, air suam dan telur ke dalam bekas.
- Kacau semua bahan sehingga sebati dan menjadi adunan.
- Tutup bekas dan perap adunan selama 30 hingga 45 minit atau sehingga adunan berbuih.
- Panaskan kuali leper non-stick dan sapukan sedikit minyak.
- Tuangkan adunan ke atas kuali dan masak menggunakan api yang sangat kecil.
- Apabila permukaan apam mula berlubang dan kering, terbalikkan apam.
- Teruskan memasak sehingga kedua-dua bahagian berwarna keperangan dan masak dengan sempurna.
- Untuk taburan, gaulkan kelapa parut bersama 1 sudu kecil garam, kemudian kukus selama 10 minit.
- Hidangkan apam goreng bersama kelapa parut.
Sumber: Atie Wan
Baca juga: Resipi Risoles Sardin, Luarnya Rangup Bila Digigit & Dalamnya Penuh Inti… Confirm Tak Cukup Sebiji!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

