Kalau mencari resepi pak choy sos tiram yang mudah, cepat dan sedap, boleh cuba cara ini. Pak choy hanya perlu dicelur sekejap sebelum disiram dengan sos tiram yang dimasak bersama bawang putih.
Walaupun nampak ringkas, ada petua yang perlu diberi perhatian supaya pak choy tidak lembik atau pahit. Paling penting, jangan celur terlalu lama kerana sayur ini sedap dimakan ketika masih rangup.
Sos tiram pula dimasak sekejap sahaja sebelum dicurahkan ke atas pak choy. Tambahkan bawang putih goreng atau bawang goreng sebagai taburan untuk memberikan tekstur rangup dan rasa yang lebih sedap.
Baca juga: Resipi Bayam Goreng Brazil Crunchy, Sayur Biasa Jadi Snek Rangup Yang Sedap Dikunyah
RESEPI PAK CHOY SOS TIRAM RANGUP, HIJAU CANTIK DAN TAK PAHIT

Bahan-bahan:
- Pak choy
- Bawang putih (dicincang)
- Sos tiram
- Tepung jagung
- Air
- Minyak masak
- Bawang putih goreng atau bawang goreng
Nota: Tepung jagung dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan sos.
Cara-cara penyediaan:
- Didihkan air dalam periuk. Masukkan sedikit minyak supaya pak choy nampak lebih berkilat selepas dicelur.
- Masukkan pak choy dan celur selama kira-kira 30-60 saat sahaja. Jangan rebus terlalu lama kerana pak choy mudah lembik dan hilang rasa rangup.
- Angkat pak choy dan terus toskan. Susun di atas pinggan hidangan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih yang dicincang hingga naik bau dan sedikit keperangan.
- Masukkan sos tiram dan air. Kacau sebati dan biarkan sos mendidih sekejap.
- Bancuh tepung jagung dengan 2 sudu besar air. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam sos sambil dikacau.
- Masak sekejap sehingga sos sedikit pekat. Jangan masak terlalu lama supaya sos tidak menjadi terlalu masin.
- Tuangkan sos tiram panas ke atas pak choy yang telah dicelur tadi.
- Taburkan bawang putih goreng atau bawang goreng di atasnya untuk menambahkan rasa dan tekstur rangup.
- Pak choy siram sos tiram siap untuk dihidangkan. Paling sedap makan ketika masih panas dan sayurnya masih rangup.
Tip supaya pak choy kekal rangup dan hijau:
- Rahsianya mudah, jangan terlebih masak pak choy. Cukup celur selama 30-60 saat, kemudian terus angkat dan toskan.
- Untuk sos pula, masak sekadar cukup untuk sebati dan pekat. Jika terlalu lama dimasak, sos tiram boleh menjadi semakin pekat dan masin.
- Sedikit minyak ketika mencelur juga boleh membantu membuatkan permukaan sayur nampak lebih berkilat. Akhir sekali, jangan lupa taburkan bawang putih goreng supaya setiap suapan ada rasa rangup dan wangi.
Sumber: Azizah Faizanfalil
Baca juga: Resipi Sayur Pedas Cendawan Busut ‘Legend’, Lauk Kampung Ringkas Yang Buat Rindu Zaman Dulu
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

